Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LHDN Perkenal Peranan Peguam Bagi Pengemukaan BNCKHT Di Portal MyTax

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memperkenalkan peranan peguam sebagai satu kemudahan untuk mengemukakan borang nyata cukai keuntungan harta tanah (BNCKHT) menerusi e-CKHT.

Menerusi satu kenyataan, HASiL menyatakan bahawa kewujudan peranan peguam ini adalah sejajar dengan seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976 sekali gus membenarkan peguam untuk mengemukakan borang tersebut secara elektronik.

Foto: The Sun

HASiL berkata, hanya peguam di bawah firma guaman yang berdaftar dengan Badan Peguam sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan peranan peguam ini dan ia boleh dibuat secara atas talian menerusi Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ atau https://www.hasil.gov.my/.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prosedur permohonan boleh dilakukan dengan log masuk ke MyTax dengan menggunakan nombor pengenalan serta kata laluan dan jika tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), ia boleh dikemukakan menerusi perkhidmatan e-Daftar di laman berkenaan.

“Pilih ‘Profil’ dan pilih menu ‘Permohonan Peranan’, tekan Jenis Permohonan → Permohonan Baharu, Jenis Peranan → Peguam, Jenis Firma Guaman → Milikan Tunggal atau Perkongsian dan jika firma guaman adalah perkongsian, isikan no. TIN firma guaman tersebut,” katanya hari ini.

Seterusnya, klik di bahagian ‘Muat Naik’ untuk memuat naik dokumen sokongan seperti salinan sijil pendaftaran firma guaman berdaftar dan salinan Sijil Tahunan serta Sijil Amalan Guaman yang sah laku.

“Tandakan akuan peguam sebagai wakil pembayar cukai untuk mengemukakan borang secara elektronik dan klik ‘Hantar’ dan tandatangan. Makluman berjaya akan dipaparkan.
“Selepas itu, emel keputusan permohonan peranan peguam akan diterima setelah peranan diluluskan / tidak diluluskan oleh HASiL ke alamat emel yang telah didaftarkan,” ujarnya.

Langkah seterusnya, semak status permohonan peranan di skrin ‘Pilihan Peranan’ untuk melihat senarai peranan yang tersedia dan pilih peranan ‘Peguam’.

Foto: Google

Terakhir, pilih Perkhidmatan ezHasil > e-CKHT dan kemukakan Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah pembayar cukai melalui e-CKHT.

“Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan peranan peguam ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada manual pengguna yang boleh dicapai melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna > Manual Pengguna Permohonan Dan Penamatan Peranan Peguam / Wakil Peguam,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, boleh hubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara); HASiL Live Chat; atau Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd