Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Pukul Isteri Hingga Keguguran Kini Disiasat Kes Tanam Janin Pula

Lelaki yang sebelum ini disyaki memukul isterinya hingga cedera di Sungai Petani bulan lalu, kini turut disiasat dalam kes penemuan janin yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ghuffran, Jalan Pegawai, pada 2 April lalu.

Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 43 tahun itu membawa kepada pengakuan lelaki berkenaan yang kemudian menunjukkan lokasi dia menanam janin tersebut, pada Khamis lalu.

Foto: Kosmo! Online

Menurut suspek, janin itu dipercayai kandungan isterinya yang berusia 12 minggu yang gugur selepas mangsa dipukul dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani, pada tarikh sama.

“Khamis lalu, polis membawa suspek bersama isterinya iaitu mangsa berusia 39 tahun untuk menunjukkan lokasi janin itu ditanam.
“Kita turut membawa pasukan dari Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk menggali lokasi itu dan menemui janin tidak sempurna pada tisu kering,” kata Adzli pada sidang media di IPK Kedah, Alor Setar hari ini.

Beliau berkata, sampel yang ditemui telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut dan pihak polis akan membuka kertas siasatan sekiranya disahkan ia adalah janin manusia mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Kita juga meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa suspek untuk tampil membantu siasatan berhubung perbuatan lelaki ini,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam mengalami kecederaan serius selepas dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani akibat kecederaan dialami.

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, mangsa dipukul dengan pelbagai objek termasuk penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir, selain ditumbuk dan ditendang sehingga mengakibatkan patah tulang rusuk kanan dan kiri, patah tulang belakang serta mengalami bengkak dan luka di seluruh badan.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan di sebuah inap desa di Alor Setar pada 28 April lalu sebelum direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sumber: Buletin TV3 (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd