Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Pamer Gambar Agong Pada PRK Didakwa Semula, Mengaku Tidak Bersalah

Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah atas dakwaan mempamerkan gambar Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) sekali gus didakwa semula di Mahkamah Majistret, hari ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh, P. Ramasamy membuat pengakuan itu selepas Majistret Hakim Siti Fatimah Talib mendengarkan pertuduhan yang dibacakan semula dalam bahasa Tamil di hadapannya.

Foto: Kosmo! Online

Lelaki berusia 66 tahun itu telah melakukan kesalahan tersebut pada sebuah kenderaan jenis Mazda dengan niat untuk mencetuskan permusuhan antara pengundi berbeza supaya mereka menyokong calon Pakatan Harapan (PH) semasa kempen PRK KKB di Taman Bukit Bunga pada petang 4 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, jika disabit kesalahan, Ramasamy akan didakwa di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Foto: Buletin TV3 

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Rajesh Nagarajan telah membuat permohonan agar mengurangkan jumlah jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan iaitu RM10,000 memandangkan anak guamnya itu merupakan seorang pesara dan tiada pendapatan tetap.

Difahamkan, pihak mahkamah kemudiannya telah membenarkan Ramasamy untuk diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sekali gus menetapkan tarikh 19 Jun bagi sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 6 Mei lalu, Mahkamah Majistret KKB telah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM3,000 kepada Ramasamy selepas dia mengaku bersalah terhadap dakwaan berkenaan.

Foto: Media Sosial

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan kes tertuduh dikembalikan semula untuk perbicaraan di Mahkamah Majistret KKB pada 23 Mei lalu setelah Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Wendy Ooi Su Ghee membenarkan semakan kehakiman Ramasamy selaku pemohon terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.

Namun begitu, dalam penghakiman tersebut, Wendy Ooi telah menolak pengakuan salah Ramasamy kerana menyifatkan ia sebagai satu pengakuan bersyarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Norlizah Abas)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd