Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi hayat masih ada.
Lelaki menyesal jadi warga Singapura
“Saya akan terpaksa bekerja hingga mati,”. Luahan itu disuarakan secara spontan sewaktu dia membawa seorang penumpang sambil berbual tentang gaji dan pekerjaan.
Memetik laporan The Independent Singapore, difahamkan penumpang itu kemudian menceritakan semula perbualan tersebut dalam satu posting di forum Reddit komuniti r/malaysia.
Kos hidup tinggi dan waktu kerja panjang!
Bercerita lanjut, pemandu itu mengakui kos menjalani kehidupan harian di Singapura membuatkan dirinya bimbang mengenai masa depan.
Walaupun telah memiliki kewarganegaraan di republik itu, dia merasakan bahawa situasi kewangan masih jauh daripada selesa apatah lagi berdepan isu kos hidup yang meningkat serta waktu kerja yang panjang.

Foto: Janaan AI
Justeru, dia seolah-olah menerima hakikat bahawa bekerja seumur hidup mungkin satu-satunya menjadi pilihan.
Menyesal! Keputusan yang tak boleh diundur
Sementara itu, pemandu berkenaan mendedahkan bahawa isterinya masih mengekalkan kewarganegaraan Malaysia, lalu pilihan itu kini dianggap sebagai “talian hayat,” membuka kemungkinan untuk kembali ke negara asal jika kos hidup di Singapura semakin terbeban.

Foto arkib: Bernama
Walau bagaimanapun, terdapat halangan dimana dua anak mereka dilahirkan di Singapura dan memegang kewarganegaraan negara tersebut, sekali gus bermakna mereka akan melalui perkhidmatan tentera wajib pada masa depan.
Artikel lain: Warga Malaysia Ulang Alik Singapura Lebih 8 Kali Sebulan, Tak Layak Terima STR
Keadaan seperti itu menambahkan lagi tekanan kerana keputusan yang dibuat bertahun-tahun lalu, kini membentuk kehidupan anak-anaknya dengan cara yang tidak boleh diubah.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan melepaskan kerakyatan Malaysia untuk menjadi warganegara Singapura adalah keputusan kurang bijak terutamanya jika memahami hak sivil, aksesibiliti dan pemilikan harta.
Sumber: The Independent Singapore







































