Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Menyamar Sebagai Penghantar Barang Maut Selepas Rogol, Samun Empat Wanita

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki itu disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol membabitkan empat wanita tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kes pecah rumah pada jam 12.40 tengah hari sebelum dua anggota dihantar ke lokasi kejadian.

penghantar barang

Foto: malaymail

“Sebaik tiba, anggota memanggil penghuni rumah namun tiada respon. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki membuka pintu dan memperkenalkan diri sebagai penghantar barang.
“Ketika anggota memperkenalkan diri sebagai polis dan masuk untuk membuat pemeriksaan, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau pemotong daging lalu cuba menyerang,” katanya.

Artikel lain: Rogol Adik Ipar Hingga Hamil, Pengait Sawit Dipenjara 16 Tahun

Jelas beliau, berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis di mana suspek turut menumbuk serta menggigit tangan anggota berkenaan sebelum berjaa ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lama selepas itu, suspek dilaporkan mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian masih dalam siasatan dan tiada kecederaan fizikal jelas ditemui pada tubuhnya.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan kes samun,” ujarnya.

Tambah Fadil, ketika kejadian, empat wanita tempatan berada di dalam rumah berkenaan. Suspek dipercayai menyamar sebagai penghantar barang sebelum mengikat tangan keempat-empat mangsa.

penghantar barang

“Tiga mangsa dikurung di bilik utama manakala seorang lagi dibawa ke bilik kedua dan dirogol dua kali, termasuk di tandas. Suspek turut menyamun wang tunai RM200 serta kad ATM milik mangsa,” jelasnya.

Keempat-empat mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, muka dan badan akibat insiden itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd