Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Langgar Doktor Di Plaza Tol

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam hari ini atas tuduhan melanggar seorang doktor sehingga menyebabkan kecederaan pada 28 Disember lalu.

Lelaki mengaku tidak bersalah langgar doktor

Menurut laporan Utusan, tertuduh Khor Wei Yeak, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

langgar doktor

Foto: UTUSAN/DANIAL SAAD

Mengikut pertuduhan, Khor didakwa dengan sengaja mencederakan A. Avinash, 32, dengan melanggarnya menggunakan kereta di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Perai, kira-kira jam 11.30 malam.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat, atau gabungan mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Nenek Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Pemandu Asing Dipercayai Mabuk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun mengetuai pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam, C. Hari Prassaad Rao.

Dalam prosiding itu, Hari Prassaad memohon agar mahkamah mempertimbangkan wang jaminan rendah memandangkan anak guamnya hanya berpendapatan bawah RM2,000 sebulan serta perlu menyara seorang isteri dan anak.

langgar doktor

Foto: Tangkap layar video tular

Beliau berkata sejak direman pada 29 Disember lalu, tertuduh dilaporkan memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan, sambil menambah kes itu kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 307 sebelum ini iaitu cubaan membunuh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan diserahkan.

Terdahulu, suspek yang memandu sebuah SUV Proton X50 dikatakan telah melanggar mangsa dari arah hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman video kejadian itu tular di media sosial sebelum suspek ditahan dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan Online

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd