Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Kembali Kepada Fitrah, Tinggalkan Hidup Songsang – “Moga Aku Kekal Istiqamah”

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki sejati.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki dikenali sebagai Haqiem Aziz itu memberitahu perubahan itu merupakan keputusan terbesar yang dibuat dalam hidupnya.

Kembali kepada fitrah

Screenshot

“Alhamdulillah, satu keputusan dan hijrah terbesar dalam hidupku,” ciapannya, semalam.

Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan sepanjang perjalanan pernghijrahannya itu dan berharap terus istiqamah di jalan yang benar.

“Terima kasih semua atas doa-doa kalian. Bukan mudah dan tak semua kuat serta mampu buat kerana saya juga manusia biasa.
“Doakan saya kuat dalam penghijrahan ini, 24 tahun saya memilih jalan menjadi seorang mak nyah. Cukuplah, usia dah masuk 40 tahun tiada lagi yang ingin dikejarkan. Cuma nak mencari keberkatan dan keredhaan dari Tuhan,” tambahnya lagi.

Screenshot

Meninjau ke ruangan komen warganet memberikan kata-kata semangat agar lelaki itu terus kuat menahan diri daripada kembali kepada masa lalunya.

Malah ada juga wargamaya memuji wajahnya yang lebih tampan setelah kembali kepada fitrah asal.

Moga istiqamah

Ramai orang doakan awak

Moga Allah bagi syurga

Artikel lain: Pakaian Songsang, Tiada Toleransi Bagi Acara Tidak Senonoh Di Johor – TMJ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian itu telah membuka mata banyak pihak dan setakat artikel ini ditulis hantaran itu telah meraih lebih 18,000 tanda suka dan lebik 2,000 komen.

Sumber: Threads mohdhakimi.aziz

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki cina dikenali sebagai Henry Ong berasa teruja apabila merasai pengalaman baharu berbuka puasa di masjid. Rasai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd