Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Jadi Duyung Promosi Air Balang Ditahan! Mengaku Terima Upah RM200 Buat Kandungan

Lelaki Jadi Duyung Promosi Air Balang Ditahan

Lelaki yang berpakaian kostum duyung di sebuah gerai menjual air balang sudah ditahan kelmarin bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mencetuskan kecaman ramai.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu mengaku diupah sebanyak RM200 untuk menghasilkan kandungan promosi bagi tujuan jualan.

Lelaki Jadi Duyung Promosi Air Balang Ditahan

Katanya, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Chetok, Pasir Mas sebelum dibebaskan dengan bon jaminan selepas keterangan diambil.

“Merujuk kepada video yang tular memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti duyung, kita sudah merekodkan keterangan suspek dan siasatan sudah dibuka.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan kerana berpakaian seperti wanita dan perbuatan tidak sopan. Suspek perlu hadir semula pada 8 Jun.
“Hasil keterangan diambil, lelaki terbabit dikatakan menerima upah daripada pemilik gerai air balang berkenaan sebanyak RM200 bagi membuat ‘content’ untuk jualan berkenaan.
“Rakaman berkenaan dikatakan dibuat sehari sebelum Ramadan, namun hanya dimuat naik di media sosial pada hari pertama Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan video berdurasi 26 saat memaparkan lelaki berpakaian seperti ikan duyung berjoget sambil memegang minuman di sebuah gerai air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.

Rakaman itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sesuai, khususnya ketika Ramadan.

Artikel lain:  Penuntut UMPSA Kena Tahan Disyaki Hina Islam, Pijak Al-Quran

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli turut mengingatkan peniaga supaya tidak menggunakan pendekatan sedemikian semata-mata untuk melariskan jualan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada peniaga terlibat supaya memadamkan iklan berkenaan.

“Semakan mendapati peniaga berkenaan adalah berlesen dan tiada peruntukan bagi undang-undang sedia ada untuk mengenakan kompaun berkaitan promosi berkenaan. Pada masa akan datang, kita akan tambah baik bagi memasukkan kesalahan seperti itu untuk membolehkan kompaun dikenakan.
“Peniaga berkenaan masih dibenarkan berniaga seperti biasa namun kita mendapati gerainya sudah ditutup sejak tular kes berkenaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Dunia

Kerajaan Wilayah Jakarta mengarahkan penutupan premis hiburan dan kehidupan malam di ibu kota sepanjang bulan Ramadan bagi menjaga ketenteraman awam serta memastikan suasana lebih...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd