Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Rakaman CCTV, Lelaki Curi Beg Jemaah Wanita Ketika Sujud – “Bukan Satu, Tapi Dua”

Dalam hening ruang ibadah, ketika hati jemaah tunduk sujud mencari tenang, ada tangan-tangan yang memilih jalan sebaliknya.

Di sebalik saf wanita yang dipenuhi doa, kelibat seorang lelaki muncul mencuri tumpuan, bukan untuk beribadah, tetapi meragut kesempatan.

Lelaki curi beg jemaah ketika sujud

curi beg jemaah

Baru-baru ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Masjid Kampung Che Lijah tular selepas memaparkan tindakan seorang lelaki memasuki ruang solat wanita ketika jemaah sedang khusyuk mendirikan solat.

Artikel lain: Wanita Curi Beg Milik Anggota Bomba, Beri Alasan Pinjam ‘Power bank’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat yang dimuat naik di TikTok itu, suspek yang berkain pelikat dan berbaju hijau dilihat menyelinap secara perlahan sebelum kemudian mengambil dua beg yang diletakkan berhampiran saf hadapan.

curi beg jemaah

Pada masa yang sama, tindakan tersebut hampir tidak disedari jemaah, namun rakaman CCTV menjadi bukti jelas yang membantu siasatan pihak berkuasa.

Memetik dari Kosmo, susulan penularan video itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian curi barangan peribadi di sekurang-kurangnya dua masjid di daerah tersebut.

Suspek diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Tok Dor, Jerteh pada pukul 7.20 pagi semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, penahanan itu dilakukan berikutan aduan daripada ahli kariah Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja, pada pukul 8.27 malam Selasa lalu.

curi beg jemaah

“Pada hari kejadian, dua beg milik jemaah wanita yang sedang menunaikan solat isyak secara berjemaah dipercayai telah dilarikan suspek. Beg-beg tersebut diletakkan di bahagian belakang mangsa,” katanya.

Seterusnya, semakan CCTV di masjid berkenaan berjaya mengesan suspek memasuki ruang solat wanita sebelum mencuri beg milik mangsa.

 curi beg jemaah

Hasil soal siasat awal, suspek mengaku turut terlibat dalam kejadian curi beg jemaah di sebuah masjid lain sekitar Jerteh.

Bagi melengkapkan siasatan, polis menjalankan serbuan di kediaman suspek dan berjaya menemui dua beg tangan, seutas tasbih, satu beg kecil berzip, empat buah buku serta tiga rangkai kunci yang dipercayai hasil curi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @masjid.kg.che.lijah, Kosmo (Mohd Azli Adlan)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd