Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cadangan Lanjut Umur Persaraan Beri Kesan Negatif Kepada Rakyat – HAKS

Cadangan lanjut umur persaraan beri kesan negatif

Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun ke 65 tahun perlu dikaji semula kerana dikhuatiri mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Cadangan lanjut umur persaraan beri kesan negatif

Cadangan lanjut umur persaraan beri kesan negatif

Foto: HarakahDaily

Memetik laporan MalaysiaGazette, Pengerusi Hak Konsumer Sejahtera (HAKS), Shahir Adnan berkata cadangan itu berkemungkinan memberi impak negatif kepada rakyat, terutamanya dalam sektor peluang pekerjaan, produktiviti dan kesejahteraan hidup warga emas.

“Pertama sekali, jika pekerja yang berumur terus bekerja lebih lama, ini secara langsung akan mengurangkan peluang pekerjaan untuk golongan muda, termasuk graduan yang baru tamat pengajian.
“Ini boleh meningkatkan kadar pengangguran belia yang kini sekitar 3.5 peratus. Jika cadangan ini diteruskan, angka itu mungkin akan melonjak,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Shahir turut meluahkan rasa bimbang berhubung tahap kesihatan sekiranya ramai warga emas terus bekerja sehingga lewat usia.

“Tidak semua individu berusia 60 tahun ke atas memiliki tenaga dan kesihatan seperti pekerja muda. Ini boleh menjejaskan produktiviti, terutama dalam bidang kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan daya tumpuan yang tinggi,” jelasnya.
Cadangan lanjut umur persaraan beri kesan negatif

Foto: MalaysiaGazette

Dalam pada itu, beliau juga percaya perkara ini memberikan impak negatif kepada majikan kerana terpaksa menanggung kos kesihatan dan insurans yang lebih tinggi bagi pekerja yang sudah berusia.

Hal ini kerana, risiko penyakit kronik dan ketidakhadiran akibat masalah kesihatan kebiasaannya terjadi disebabkan oleh golongan yang sudah berumur.

“Ramai warga emas mengimpikan masa untuk berehat dan bersama keluarga selepas bersara. Jika umur persaraan dilanjutkan ke 65 tahun, ramai yang mungkin tidak dapat menikmati tempoh itu dengan baik kerana faktor usia,” ujarnya.

Shahir turut menegaskan tidak semua sektor pekerjaan boleh dilakukan oleh warga emas memandangkan tenaga mereka sudah berbeza dengan golongan yang jauh lebih muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerja-kerja berat seperti dalam sektor pembinaan, keselamatan dan perkhidmatan awam mungkin tidak selamat untuk dilakukan oleh mereka yang berusia 65 tahun,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Naik Had Persaraan Jejas Peluang Anak Muda – AMANAH

Oleh itu, cadangan tersebut perlu diteliti semula dan pihak kerajaan perlu mengambil kira kesan jangka panjang tahap kesihatan rakyat serta ekonomi negara.

Sumber: MalaysiaGazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd