Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kuasa Tular, Pengasuh ‘Seksa’ Dua Bayi Berjaya Ditahan Polis

Baru-baru ini, tular dua video memaparkan seorang wanita berbadan gempal dipercayai pengasuh bertindak mengasari dua bayi sehingga mendapat kecaman ramai di media sosial.

Mana tidaknya, tindakan wanita tersebut berjaya membangkitkan kemarahan ramai kerana bertindak mengasari seorang bayi lelaki dan perempuan sambil menampar kepala selain meniup wajah mangsa supaya berhenti menangis.

Berkat kuasa tular, pengasuh sebuah taska di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor berjaya ditahan oleh pihak polis pada jam 2 pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman mamat berkata, wanita berusia 21 tahun itu berjaya ditahan di kawasan Bandar Selesa Jaya Skudai bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah taska dan mangsa terlibat merupakan seorang bayi perempuan berusia 11 tahun dan lelaki sembilan bulan.

“Polis akan membuat permohonan reman di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing), Instagram @majoritiofficial

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd