Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Perkukuh & Terokai Peluang Kerjasama Baharu Malaysia-Rusia

Terokai Peluang Kerjasama Baharu

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Warisan (MOTAC), Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Digital telah menghadiri Mesyuarat ke-3 Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia (JCESTC) di St. Petersburg, Rusia.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengetuai delegasi Malaysia ke Rusia berkata, beberapa perkara turut dibincangkan susulan daripada lawatan kerja Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Vladivostok pada awal September lalu.

Menurut beliau, kerajaan Rusia juga bersetuju untuk menambah bilangan biasiswa bagi pelajar Malaysia daripada 20 orang kepada 40 orang setahun selepas ini.

“Selain daripada pertukaran pelajar, program ini turut akan melibatkan para pensyarah, penyelidik dan juga penjawat awam untuk sama-sama meningkatkan kemahiran yang dimiliki oleh Malaysia dan Rusia,”ujarnya.

Terokai Peluang Kerjasama Baharu

Terokai Peluang Kerjasama Baharu

Tambah beliau, kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperkemas semua dokumen dan perjanjian bersifat bilateral yang telah dimenterai selama ini melibatkan antara kementerian dan agensi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah mengkaji dengan lebih mendalam bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan secara terus dari Rusia ke Malaysia.

Ia dilakukan sebagai salah satu usaha bagi menarik lebih ramai pelancong Rusia ke Malaysia dan sebaliknya.

“Selain itu, antara perkara yang telah diberi penekanan dalam perbincangan tersebut adalah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Rusia; kerjasama kewangan dan perbankan; serta keterjaminan makanan dan produk agrikultur.
“Dalam perkara ini, Malaysia mengalu-alukan kerjasama antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Kazan State Agrarian University (KSAU) bagi meneroka peluang untuk R&D prospek projek berkaitan,”ujarnya menerusi kenyataan KPT.

 

Terokai Peluang Kerjasama Baharu

Bangunkan kajian mendalam, kerjasama dengan universiti Malaysia

Delegasi persekutuan Rusia diketuai oleh TYT Valery Falkov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi serta wakil daripada kementerian lain yang berkaitan juga membangkitkan beberapa perkara baharu yang boleh dibangunkan bersama.

Antaranya adalah kajian mendalam mengenai mineral yang dipelopori oleh Saint Petersburg Mining University yang mahu bekerjasama dengan universiti di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini adalah peluang terbaik buat Malaysia memandangkan universiti berkenaan antara institusi pengajian terbaik di dunia dalam kajian mineral.

“Saya turut bersetuju dengan cadangan daripada Presiden Saint Petersburg Mining University untuk diadakan Dialog Mineral antara Rusia dan Malaysia.
“Insya-Allah ini akan diadakan pada tahun hadapan ketika mana Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk JCESTC kali ke-4,”ujarnya lagi.

Selain itu, isu halal turut dibangkitkan dan pihak Persekutuan Rusia berharap agar Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu pengiktirafan sijil halal mereka.

“Dalam hal ini saya turut mencadangkan agar Halal Development Corporation (HDC) Malaysia dapat turut sama membantu,”jelas beliau.

Setuju, galak peningkatan perdagangan dua hala

Mengenai isu pelaburan pula, kedua-dua negara juga bersetuju untuk menggalakkan peningkatan perdagangan dua hala dengan mengenal pasti pasaran baharu, menambah baik akses pasaran dan memudahkan pelaburan langsung.

Ini termasuk menggalakkan inovoasi dalam teknologi tenaga bersih, sejajar dengan matlamat kemampanan kedua-dua negara.

Zambry berkata, mesyuarat berkenaan juga berjaya mewujudkan satu persefahaman setara antara kedua-dua negara dalam mengukuhkan lagi hubungna mesra dan strategik antara Rusia dan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
” Persetujuan yang dicapai semasa mesyuarat ini meletakkan asas untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor, termasuk kewangan, pertanian, pendidikan, dan kemajuan teknologi
“Rusia juga bersetuju untuk membantu Malaysia dalam bidang pembangunan teknologi serta inovasi berkaitan dan memperbanyakkan lagi program pertukaran tenaga mahir antara keduadua negara.
“Tambahan pula, Malaysia akan menggalas tugas Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025 dan ini diharap dapat membentuk lebih banyak kerjasama baharu antara Malaysia dan Rusia dalam pelbagai bidang,”katanya.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Lokal

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24,...

Sosial

Tindakan juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov memuat naik gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) mengundang perhatian warganet Indonesia. Gambar...

Lokal

Selepas kantoi berparti dalam balai, seorang pegawai berpangkat Inspektor dan tiga anggota dari sebuah balai polis di Shah Alam dipindah keluar serta-merta dari Selangor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd