Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Kuatkuasa Akta 852 Serta-Merta Bermula 1 Oktober, Dilaksana Secara Berfasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kuatkuasa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang diwartakan pada 2 Februari lalu serentak dengan Peraturan-Peratuan serta Perintah di bawahnya bermula 1 Oktober 2024.

Menerusi satu kenyataan, KKM memandang serius kesan buruk amalan merokok yang berleluasa termasuk aktiviti pemasaran dan promosi tidak beretika yang disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

KKM kuatkuasa Akta 852 serta-merta bermul 1 Oktober

KKM Kuatkuasa Akta 852

Foto: Utusan Malaysia

“Penguatkuasaan Akta ini akan melibatkan beberapa aspek yang akan dikuatkuasakan secara serta merta dan juga secara berfasa.
“Aspek-aspek yang akan dikuatkuasakan serta merta adalah peruntukan yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak dan remaja bagi mengekang kebolehdapatan produk tersebut.
“Selain itu, peruntukan yang melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk.
“Dan yang terakhir adalah tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, penguatkuasaan pendidikan pula akan dilaksanakan dahulu bagi tempoh enam hingga 12 bulan dari tarikh kuatkuasa bagi beberapa aspek iaitu pendaftaran produk merokok, pembungkusan dan pelabelan dan kawalan jualan termasuk pameran ke kaunter jualan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Bakal Henti Subsidi Kepada Golongan Kaya Termasuk Dalam Pendidikan – PM

KKM Kuatkuasa Akta 852

Foto: Selangor Kini

“Pendaftaran produk merokok akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025, manakala pembungkusan dan pelabelan akan dikuatkuasakan mengikut produk (product-by-product) selewat-lewatnya 1 Oktober 2025 dan kawalan jualan termasuk pameran di kaunter jalan akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya 1 April 2025,” maklumnya.

Sementara itu, penguatkuasaan undang-undang secara berkesan dan mampan memerlukan persefahaman dan kerjasama daripada semua pihak, oleh itu KKM juga akan melaksanakan beberapa tindakan.

“KKM bakal menerbitkan bahan pendidikan dan advokasi untuk membantu seluruh pemegang taruh memahami Akta ini dengan lebih jelas dan meneruskan sesi libat urus berkaitan pematuhan Akta ini terutamanya dengan pemain industri,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 boleh dibuat di talian 03-8892 4552 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 010-860 8949 pada Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang bermula 20 September 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook KKM

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

46 individu termasuk 37 kanak-kanak maut akibat lemas ketika melakukan upacara mandi ritual semasa satu perayaan Jivitputerka di beberapa daerah di Bihar, Timur India...

Lokal

Jenama kecantikan terkemuka Indonesia, Mustika Ratu berhasrat merancakkan lagi perniagaan produk mereka di platform media sosial sekali gus dapat memikat hati golongan muda. Mustika...

Sosial

Singapura menjadi bahan ketawa di laman sosial selepas ada peminat penstrim atas talian dari Amerika Syarikat (AS) IShowSpeed atau Speed beri hadiah telefon pintar...

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd