Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

‘Kisah Wira Kami’ Dari LTAT Kenang Pengorbanan Bapa Kepada Keluarga

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memepersembahkan tayangan sempena Hari Bapa berjudul ‘Kisah Wira Kami’ iaitu sebuah inisiatif di bawah program ‘Demi Wira Kami’ untuk mengenang jasa dan pengorbanan para bapa, khususnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menerusi siri ‘Kisah Wira Kami’, Nur Mahfuzah Mohd Shukri yang kini berkhidmat di LTAT, serta bapanya, Peg. Waran II (B) Mohd Shukri bin Abdullah yang pernah bertugas sebagai seorang anggota pasukan Komando ATM telah tampil berkongsi isi hati masing-masing sepanjang kehidupan mereka sekeluarga.

Keberhasilan PW II (B) Mohd Shukri dalam bisang keusahawanan adalah hasil daripada penglibatan awal beliau sebagai salah seorang pencarum LTAT.

Oleh itu, pihak LTAT menzahirkan rasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan wira-wira negara dan juga keluarga mereka seperti Cik Mahfuzah yang bakal mewarisi legasi bapanya bersama aspirasi masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tonton video penuh di sini:

Susulan daripada kisah-kisah tersebut, En. Ashraf Radzi iaitu Ketua Eksekutif LTAT menegaskan bahawa Komitmen LTAT terhadap anggota ATM bukan hanya menyediakan perlindungan sosial sahaja, tetapi turut memberikan penghormatan tertinggi terhadap pengorbanan dan kisah kehidupan mereka.

“Di sebalik kegagahan, kegigihan, dan kesetian para wira terhadap negara, mereka juga mempunyai kisah kehidupan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang dan tanggungjawab.
“Pengorbanan wira negara bukan sahaja untuk dingati, tetapi juga perlu dikongsikan dan diraikan oleh masyarakat umum.”
“kisah-kisah ini bukan sekadar cerita biasa, tetapi merupakan penghargaan terhadap wira negara bagi memastikan legasi mereka terus kekal hingga generasi akan datang.” ujarnya.

Justeru itu, LTAT sangat komited dengan mandatnya untuk memastikan wang simpanan persaraan anggota ATM terus berkembang agar mereka dapat menjalani kehidupan selesa bersama keluarga selepas bersara dari perkhidmatan ATM.

LTAT turut menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada pencarum dan keluarga mereka dalam usaha menyediakan perlindungan sosial menyeluruh termasuk sokongan pendidikan untuk pencarum dan anak-anak, peluang kerjaya kedua, pengurangan kos sara hidup, serta bantuan kebajikan dan kewangan kepada anggota ATM, anak-anak, dan veteran yang memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd