Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tikam Pelajar: Remaja Didakwa Di Mahkamah, Tiada Pengakuan Direkodkan

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Suspek tikam mangsa dalam tandas perempuan

Menurut laporan FMT, pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

tikam

Foto: Harian Metro

Mengikut kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa menikam mangsa sehingga maut di tandas pelajar perempuan sekolah tersebut pada 14 Oktober lalu, antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Kes Tikam Pelajar: Suspek Alami Masalah Pembelajaran – KP Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, bagi pesalah juvana, hukuman yang dikenakan tertakluk kepada peruntnukan undang-undang khas di bawah Akta Kanak-Kanak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Teruduh diwakili peguam Anwar Ezzad Zainal.

tikam

Terdahulu, remaja itu tiba di kompleks mahkamah sekitar jam 8,30 pagi menaiki van polis tanpa ada tanpa pengenalan. Dia dibawa masuk melalui laluan khas bagi mengelakkan liputan media menunggu di lobi utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada masa akan datang sementara menunggu proses selanjutnya di Mahkamah Tinggi.

Sumber: Free Malaysia Today (Faisal Asyraf)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd