Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Leher Dikelar: Polis Tak Tolak Pengaruh ‘Game’, Abang Hilang Sejuta ‘Point’ Dikumpul

Polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Batu Pahat, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pengaruh permainan dalam talian.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja apabila mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher serta beberapa luka tikaman pada badan.

Menurutnya, pasangan suami isteri berusia sekitar 40-an yang juga ibu bapa kepada dua kanak-kanak telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan awal kita dapati kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.
“Bagaimanapun motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Tetapi ianya ada berkemungkinan ada kaitan di mana abang mangsa mempunyai satu aplikasi permainan di dalam telefon pintarnya,” katanya kepada media hari ini.

Ab Rahaman berkata, hasil siasatan awal mendapati abang mangsa bermain permainan dalam talian itu secara berlebihan sehingga berjaya mengumpul hampir sejuta ‘mata’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dipercayai berlaku pertengkaran apabila mangsa dikatakan telah merosakkan telefon abangnya menyebabkan semua ‘mata’ yang dikumpul dalam permainan tersebut hilang.

“Hasil soal siasat yang dibuat terhadap abang mangsa, mungkin ada kesan daripada game, dia mengalami macam halusinasi waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarganya.
“Dipercayai abang mangsa mengambil sebilah pisau yang ada dalam rumah itu dan mencederakan adiknya sendiri tetapi apa-apa pun dalam hal ini kita masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, mangsa kini dirawat di Hospital Batu Pahat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selain siasatan masih di peringkat awal serta pihak polis belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa kerana keadaannya yang belum pulih sepenuhnya.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu direman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A. Rahman bermula hari ini hingga esok bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd