Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Leher Budak Dikelar: Ibu Bapa Mangsa Ditahan Polis

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah selepas dikelar menggunakan senjata tajam, petang tadi.

Ibu bapa kanak-kanak dikelar ditahan

Menurut laporan Berita Harian, pasangan itu masing-masing berusia 41 tahun, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sekitar jam 4 petang.

dikelar

Foto: FB Suara FM

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, tangkapan tersebut dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel lain: Tersedar Dari Tidur, Budak 6 Tahun Dapati Leher Cedera Akibat Dikelar

“Selain disiasat atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah, siasatan turut dijalankan berkaitan pengabaian yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal atau emosi,” katanya.

Difahamkan, penahanan ibu bapa mangsa dilakukan bagi melengkapkan siasatan serta mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Shahrulanuar memaklumkan keadaan mangsa kini semakin stabil dan sudah boleh bercakap selepas menjalani pembedahan di bahagian leher.

dikelar

Kanak-kanak itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan terus berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd