Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes 2 Beranak Tak Bernyawa Di Juru: Suami Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

2 beranak ditemui tak bernyawa di rumah

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

Kes 2 beranak disiasat bawah seksyen 302 kanun keseksaan

Difahamkan, tempoh reman bermula hari ini sehingga 25 Oktober depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren dan bergari tangan tiba di mahkamah sebelum dibawa keluar sekitar jam 11.05 pagi selepas perintah reman dikeluarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

2 beranak

Kredit foto: Malaysia Gazette

Polis belum sahkan sama ada suami suspek utama ataupun tidak

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang ditahan untuk membantu siasatan, namun pihak polis belum mengesahkan sama ada dia merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut.

Setakat ini, pihak polis juga belum mendedahkan sebarang maklumat lanjut berkaitan motif kejadian tragis itu.

Artikel lain: Pulang Kerja Lihat Isteri & Anak Tak Bernyawa, Rakaman Suara Suami Undang Sebak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, dua beranak itu ditemui mati dalam keadaan mengerikan di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru.

Mayat wanita berusia 51 tahun ditemukan di dapur tingkat bawah dengan kepala hampir putus, manakala anak perempuannya berusia 11 tahun dijumpai meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah separa kayu tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca serta suspek sebenar dalam kes ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd