Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UM Tegaskan Kenyataan UMANY Isu Matrikulasi Tidak Wakili Pendirian Universiti

Universiti Malaya (UM) tampil menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pelajar University of Malaya Association of New Youth (UMANY) berhubung isu sistem matrikulasi tidak mencerminkan pendirian rasmi pihak universiti.

Kenyataan UMANY tak cerminkan pendirian UM

Menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial rasmi UM, Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Sri Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman  menegaskan, universiti sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas kepada institusi pengajian tinggi.

“Ingin saya tegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya.
Universiti Malaya sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi,” ujarnya.

UMANY gesa mansuhkan matrikulasi

Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa kebebasan bersuara perlu disertai dengan rasa tanggungjawab dan pertimbangan wajar terhadap sensitiviti masyarakat serta implikasi kenyataan yang dibuat, khususnya apabila ia melibatkan dasar awam negara.

Menurut beliau, sistem matrikulasi yang diamalkan Malaysia adalah satu sistem yang menyeluruh dan telah terbukti memberi peluang pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang.

“Sistem matrikulasi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua,” katanya.

UM juga menegaskan komitmen mereka untuk terus menyokong dasar pendidikan negara yang berteraskan prinsip keadilan, kebolehcapaian dan pembangunan modal insan demi kemajuan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, UMANY telah mendesak kerajaan supaya memansuhkan matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya piawaian kemasukan ke universiti awam (UA).

umany

Artikel lain: Umany Desak Mansuh Matrikulasi, STPM Satu-Satunya Piawaian Masuk UA

Ujar Presiden UMANY, Tang Yi Ze menyatakan langkah ini penting kerana silibus STPM jauh lebih mencabar serta diiktiraf di peringkat antarabangsa berbanding matrikulasi.

Kenyataannya telah menuai pelbagai respon daripada banyak pihak lebih-lebih lagi pengguna media sosial memandangkan isu seorang pelajar cemerlang STPM gagal mendapat tempat di UM masih hangat diperbincangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Universiti Malaya 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd