Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KEMAS Cadang Buka Tabika Khas Autisme Di Setiap Negeri Bermula Tahun Depan

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merancang untuk mewujudkan sebuah tabika khas bagi kanak-kanak autisme di setiap negeri bermula tahun hadapan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, keperluan tersebut kini semakin mendesak, khususnya di kawasan luar bandar, bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak istimewa.

kemas

Foto: Malaysia Gazette

“Sebelum ini, pendidikan untuk anak-anak autisme kurang diberi perhatian. Kebanyakan ibu bapa yang tidak mampu menghantar ke tadika swasta hanya menjaga mereka di rumah dan sebagainya.
“Sewajarnya mereka diberikan pendedahan dan pendidikan awal supaya boleh berdikari serta meningkatkan potensi diri,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Tabika Tunas Istimewa @ KEMAS Hang Jebat, di Melaka pada Selasa.

Artikel: KEMAS Perluas Program Pra Tahfiz, Rombak Struktur Program-Program Utama

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin.

Mengulas lanjut, Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, bagi kawasan sub bandar, kanak-kanak berkenaan diletakkan di Pusat Dalam Komuniti (PDK), namun kemudahannya masih tidak mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
kemas

Foto: Carian Google

“Di PDK, tiada pendidik yang benar-benar mempunyai kepakaran untuk menangani anak-anak seperti ini, sedangkan masyarakat luar bandar pula tidak berkemampuan menghantar mereka ke sekolah swasta.
“Sebab itu, KEMAS sebagai agensi di bawah KKDW bersetuju menjadi ejen perubahan melalui pembukaan Tabika KEMAS Autisme bermula di Melaka, sebelum diperluas ke 13 negeri lain tahun depan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan KKDW akan terus memberi latihan kepada guru dan tenaga pengajar berpengalaman untuk mendidik kanak-kanak istimewa.

kemas

Foto: Malaysia Gazette

Sementara itu, Rais berkata, Melaka akan menjadi negeri perintis kepada penubuhan Tabika KEMAS Autisme pertama negara, melibatkan tiga buah tabika masing-masing di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

“Kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk membantu kesemua tiga tabika khas ini dari segi kemudahan tambahan.
“Antara bantuan yang akan disalurkan termasuk keperluan seperti pendingin hawa, kerusi, meja serta lain-lain kemudahan di setiap tabika berkenaan,” jelasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Lokal

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi bualan netizen apabila menjual satu menu baharu iaitu pasta wagyu yang dikatakan menjadi rebutan ramai kerana rupanya yang...

Lokal

Misteri penemuan mayat seorang lelaki berhampiran sebuah hotel di Jalan Horley semalam mula terungkai apabila polis menahan seorang pemandu lori berusia 32 tahun. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd