Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keluarga Pertikai Punca Kematian, Tuntut Kubur Kadet PALAPES UiTM Digali Semula

Keluarga kepada penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Muhammad Amir Rusyaidi, 25, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan Pusat Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), memohon kebenaran mahkamah untuk melakukan penggalian semula kubur Allahyarham bagi tujuan bedah siasat.

Menurut laporan Sinar Harian, Ibunya, Azwati @ Azziaton Muhammed Ghalip, 53, berkata langkah itu diambil selepas keluarga tidak berpuas hati dengan penjelasan awal mengenai punca kematian anak sulungnya yang dikebumikan pada 13 November tahun lalu.

“Jika benar dia meninggal kerana strok haba, kami reda. Tetapi jika wujud unsur kecuaian, penganiayaan atau dibuli, kami perlu tuntut keadilan buat arwah,” katanya.
keluarga

Foto: Kosmo!

Azwati menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama keluarga serta mendapatkan khidmat guaman. Katanya, sehingga kini tiga laporan polis sudah dibuat namun mereka belum menerima sebarang perkembangan siasatan.

“Orang biasa seperti kami suaranya kecil, sebab itu perlukan bantuan peguam. Harapan saya juga supaya perkara begini tidak berulang kepada pelajar lain,” ujarnya.

Dia turut berkongsi bahawa arwah merupakan anak sulung daripada empat beradik, seorang yang penyayang serta banyak berkorban menjaga keluarga termasuk adik yang kurang sihat.

Artikel lain: Anak Disyaki Maut Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam keluarga, Tun Laila Tun Rafiee, mendakwa terdaapt beberapa perkara yang meragukan dalam insiden itu.

Menurut beliau, laporan perubatan Hospital Shah Alam menyatakan kematian berpunca daripada heat stroke sehingga membawa kepada kegagalan pelbagai organ.

Namun keluarga percaya punca sebenar kematian berkait rapat dengan tindakan seorang jurulatih berpangkat koperal di Palapes Udara UiTM Shah Alam.

keluarga

Foto: Malaysia Kini

“Pada 10 November 2024, arwah mencatat masa luar biasa iaitu 13 minit 50 saat bagi larian 2.4 kilometer, sedangkan catatan sebelumnya ialah 17 minit 20 saat. Keluarga percaya dia dipaksa mencapai masa itu,” jelasnya.

Tun Laila mendakwa, selepas larian itu, arwah diarahkan melakukan latihan tambahan sebelum didenda kerana gagal melakukan tekan tubi.

“Jurulatih terbabit bukan sahaja mendenda, malah menyuruhnya merangkak sambil diduduki seperti ‘kuda’ dan memaksa arwah melompat seperti ‘kangaroo’ di tengah padang. Perkara itu turut dirakam serta ditertawakan.
“Tidak lama kemudian, Muhammad Amir rebah tetapi tidak segera dibantu. Rakan-rakannya terpaksa mengalihkan beliau ke tempat redup sebelum dihantar ke hospital,” tambahnya.

Beliau turut mendakwa arwah dipijak di bahagian dada sehari sebelum kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Tun Laila, keluarga kesal kerana jenazah tidak melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan, malah kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

keluarga

Foto: Utusan Malaysia

“Pada 2 Januari 2025, polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kematian arwah. Namun keluarga percaya kematiannya bukan sekadar akibat strok haba tetapi kecuaian serius ketika latihan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membolehkan penggalian semula kubur dan bedah siasat dijalankan, selain memohon satu prosiding inkues bagi menentukan punca kematian secara menyeluruh.

“Anak guam saya tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak. Mereka hanya mahukan kebenaran serta memastikan tragedi ini tidak berulang kepada pelatih lain,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd