Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kelab Malam Di Istanbul Terbakar, 29 Pekerja Binaan Dilapor Terkorban

Kelab malam di Istanbul dilaporkan terbakar semasa kerja baik pulih bangunan dijalankan sekali gus telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 29 pekerja pembinaan, semalam.

Menerusi laporan CNN, Pejabat Gabenor Istanbul menyatakan bahawa insiden berkenaan juga telah menyebabkan lapan orang lain cedera manakala tujuh daripadanya berada dalam keadaan yang serius.

Foto : CNN

Mereka turut menjelaskan bahawa, kebakaran sebelum pukul 1 petang waktu tempatan tersebut berlaku di tengah-tengah Istanbul iaitu Beksitas dan kesemua mangsa insiden yang terlibat adalah pekerja-pekerja pembinaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, lokasi kelab malam yang dipanggil Kelab Maskerad terletak di sebuah bangunan blok 16 tingkat, di Jalan Gonenoglu, Gayrettepe Istanbul.

Foto : CNN

Walau bagaimanapun, laporan TRT News pula menyatakan pihak penguasa negara tersebut telah menahan lapan orang yang terlibat dengan insiden ini termasuk pengurus perniagaan kelab malam, akauntan, rakan kongsi serta individu lain yang bertanggungjawab terhadap pekerja logam projek pembinaan berkenaan.

“Satu pasukan yang memiliki tiga pakar yang khusus dalam keselamatan dan kebakaran juga terus melakukan kerja mereka untuk menentukan punca kebakaran,” katanya.

Menteri Keadilan, Yilmaz Tunc mengesahkan bukti dari tapak kejadian sedang dikumpul oleh pihak berkuasa serta penyiasatan bagi menentukan punca kebakaran sedang dijalankan oleh tiga pakar yang mahir dalam bidang keselamatan pekerjaan dan kebakaran melalui akaun X miliknya.

Sumber : CNN (Tanem Zaman & Hande Atay Alam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd