Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dari Pulau Pinang Ke Vatican! Kardinal Malaysia Akan Undi Paus Baharu

Buat julung kalinya dalam sejarah moden, kardinal Malaysia akan menyertai proses pemilihan ketua agama Katolik dunia yang baharu selepas pemergian Paus Francis.

Kardinal Malaysia akan ke Rome

Memetik laporan dari Bernama, Kardinal Datuk Seri Sebastian Francis, yang dilahirkan di Johor dan kini menetap di Pulau Pinang, akan menyertai 134 lagi kardinal lain dari seluruh dunia dalam konklaf iaitu proses tertutup dan penuh rahsia bagi memilih pemimpin baharu Gereja Katolik yang mengetuai 1.37 bilion penganut global.

“Kardinal Sebastian kini dalam perjalanan ke Rome untuk pemilihan Paus baru,” ujarnya.

Kardinal Malaysia akan mengundi pemilihan Paus baru

Pemilihan tersebut dijalankan oleh Kolej Kardinal, yang mana hanya ahli bawah usia 80 tahun dibenarkan mengundi.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Katolik Malaysia, Datuk Joy Appukuttan, Sebastian Francis, 73, merupakan Biskop Pulau Pinang sejak 2011 dan telah dinaikkan sebagai kardinal oleh Paus Francis pada September 2023 dan beliau adalah kardinal kedua dalam sejarah Malaysia selepas mendiang Anthony Soter Fernandez.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malaysia dan Singapura juga ada. Kardinal (Sebastian) Francis merupakan seorang daripadanya dan perlu menghadiri konklaf tidak lama lagi,” katanya.

Sebastian Francis dikenali dengan nilai keterbukaan dan kemanusiaan.

Beliau juga percaya bahawa seseorang perlu mempunyai kematangan emosi dan kemanusiaan yang baik, bersikap terbuka kepada pemikiran kreatif dan inklusif, terutama terhadap perbezaan etnik, kaum dan agama.

Para kardinal termasuk kardinal Malaysia akan berkumpul untuk mengundi

Difahamkan, para kardinal termasuk kardinal Malaysia akan berkumpul di bawah siling indah Gereja Kecil Sistine di Vatican, tempat karya seni Michelangelo menjadi saksi kepada saat bersejarah itu.

Tiada telefon, TV, surat khabar atau sebarang komunikasi dengan dunia luar dibenarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas ungkapan extra omnes – semua keluar – diumumkan… pintu akan dikunci,” lapor The Guardian.

Proses undian rahsia akan diteruskan sehingga seorang calon memperoleh majoriti dua pertiga. Setiap kertas undi akan dibakar selepas pusingan dan asap hitam yang keluar bermakna belum ada keputusan, manakala asap putih tandakan Paus baharu telah dipilih.

Sekadar info, pemilihan ini mendapat perhatian global kerana Paus dianggap sebagai ketua kepada 1.37 bilion umat Katolik.

Paus Francis, seorang warga Argentina dan merupakan seorang Paus Latin Amerika pertama, terkenal kerana memperjuangkan keadilan sosial, isu alam sekitar serta sokongannya terhadap rakyat Palestin. Dalam ucapan Hari Easter minggu lepas, beliau menyatakan kedekatannya terhadap penderitaan umat Kristian di Palestin dan Israel, serta semua rakyat Israel dan rakyat Palestin.

Kardinal Malaysia

Artikel lain: Paus Francis Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Beliau secara berterusan mengkritik tindakan ketenteraan Israel di Gaza, khususnya pembunuhan rakyat Palestin dan dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, beliau kelihatan menghubungi para paderi Katolik di Palestin, untuk bertanya khabar mereka pada ketika mereka diserang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paus Francis dilaporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun Isnin lalu.  Paus disahkan meninggal akibat masalah kesihatan berkaitan radang paru-paru.

Sumber: Bernama (Wong Chun Wai)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd