Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rakam Kanak-Kanak Hampir Lemas, Kakak Perjelas Adik Bukan Tak Mahu Bantu Cuma Tidak Pandai Berenang

Kakak Perjelas

Seorang kakak perjelas adik lelakinya, Nadhir, 20, yang merakam video kejadian cemas kanak-kanak dihanyutkan air deras dalam longkang besar berhampiran Masjid Ciku, Kota Masai, di sini, semalam.

Menurut Norhanum Sabtu, 43, adiknya hanyalah merakam kejadian berkenaan sebagai bukti kerana tidak pandai berenang.

“Adik saya tidak pandai berenang, dia cuma rakam sebagai bukti, bukan untuk menularkannya.
“Dia turut berkongsi video tersebut dalam kumpulan keluarga kami. Yang menularkannya bukan Nadhir, tetapi orang lain,” katanya hari ini.

Kakak Perjelas Adik Rakam Kanak-Kanak Hampir Lemas

Jelas Norhanum, lima minit sebelum kejadian, adiknya telah menegur kanak-kanak tersebut supaya tidak bermain di kawasan longkang, tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Ketika kejadian, Nadhir dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat apabila dia terdengar jeritan orang meminta tolong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah mendengar jeritan itu, Nadhir segera keluar dan melihat kanak-kanak tersebut dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat.

“Ketika kejadian, adik saya dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat sebelum terdengar suara orang meminta tolong.
“Selepas mengambil sejadah dan menutup pintu kereta, dia terdengar lagi jeritan ‘abang! angah jatuh dalam longkang besar’. Ketika itu pukul 1 tengah hari dan hujan menyebabkan air longkang deras,” katanya.

Walaupun terdapat kecaman terhadap tindakan merakam video tanpa membantu, Norhanum menegaskan bahawa adiknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tidak pandai berenang dan hanya sempat menjerit meminta pertolongan.

Sementara itu, dia meluahkan rasa syukur apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh dua penunggang motosikal yang menariknya keluar dari longkang dan membawanya pulang dengan selamat.

“Diharapkan penjelasan ini dapat membersihkan nama adik saya. Kalau orang tak tahu cerita sebenar, jangan terus menuduh,” kata wanita itu.

Norhanum berharap penjelasan ini dapat membersihkan nama adiknya dan mengingatkan orang ramai agar tidak cepat membuat tuduhan tanpa mengetahui cerita sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dengar Mangsa Jerit Minta Tolong, 5 Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Selamatkan Penduduk

Semalam, tular video berdurasi satu minit 35 saat memaparkan insiden seorang kanak-kanak dihanyutkan arus deras dalam longkang di Johor.

Insiden yang tular di media sosial itu mengundang pelbagai komen termasuk mempersoalkan tindakan individu yang merakam video tanpa membantu kanak-kanak tersebut.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd