Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Di Lampu Isyarat: Kakak Pemandu Honda Jazz Pula Minta Keadilan

Tular di media sosial kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Matahari Height Senawang kelmarin hingga mengakibatkan 2 remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipercayai dipandu laju.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja beberapa tangkapan layar di media sosial mengenai luahan dipercayai ahli keluarga pemandu kereta terbabit menjadi bualan hingga mencetuskan perdebatan ramai.

Kakak Pemandu Honda jazz

Kakak pemandu Honda Jazz tuntut keadilan, tapi dia dipercayai yang rempuh

Menerusi perkongsian dari akaun X fwxz03, dia telah memuat naik beberapa tangkapan layar luahan ahli keluarga dipercayai kakak kepada pemandu kereta terbabit yang meminta keadilan terhadap adiknya.

Dia juga berkongsi keadaan pemandu terbabit yang parah di hospital selepas kemalangan ngeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kakak pemandu Honda Jazz sempat komen di video kemalangan

Dalam pada itu, ada juga komen daripada satu akaun yang mengaku bahawa pemandu Honda Jazz terbabit adalah adiknya dengan meminta maaf dan menyatakan bahawa pemandu itu juga sedang dalam keadaan kritikal.

Komen tersebut diperoleh daripada satu akaun TikTok yang memuat naik momen sewaktu kejadian kemalangan negeri itu terjadi.

Siapa yang patut minta keadilan sebenarnya?

Perkongsian-perkongsian tersebut sudah tentu mengundang kemarahan ramai memandangkan ramai yang percaya bahawa pemandu kereta jenis Honda Jazz itu adalah punca kemalangan ngeri terbabit berlaku.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kesahihan mengenai hubungan antara hantaran dan komen yang berlegar di media sosial dengan kemalangan yang terjadi tempoh hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yang pandu kereta kan adik dia?

Kita tunggu tindakan undang-undang

Artikel lain: Empat Mangsa Terkorban Dalam Kemalangan Di Jalan Stutong Kuching

Terdahulu, dua dilaporkan mangsa maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal yang dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Heights.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss masing-masing berumur 15 dan 16 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada sebuah Honda Jazz dipandu seorang lelaki berumur 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu Honda Jazz dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal di sebelah kiri di tempat kejadian.

Sumber: X fwxz03, X usernamekudus

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd