Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Sedang Teliti Sistem, Penyelarasan Proses Program Peralihan Lesen B2, B1 Kepada B

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperincikan sistem dan penyelarasan proses bagi program peralihan khas Lesen Memandu Malaysia (LMM) daripada kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, peralihan khas itu tidak akan diberikan secara automatik dan diteliti terlebih dahulu sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Foto: Berita Harian

“Kerajaan sudah menetapkan syarat untuk menyertai program ini iaitu individu terbabit telah memegang LMM kelas B1 atau B2 melebihi tempoh 10 tahun, tiada saman dan tidak mempunyai senarai hitam (kesalahan JPJ),” katanya.

Beliau juga berkata, pemegang lesen itu juga perlu menjalani latihan selama tidak lebih dua jam sebelum menduduki ujian amali di institut memandu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: paultan.org

“Masih ada ujian amali iaitu mereka perlu menunggang motosikal lebih 500cc dan penilaian serta kelulusan daripada pegawai JPJ bagi menentukan mereka (penunggang) ini layak atau tidak (mendapatkan lesen kelas B),” ujarnya.

Aedy Fadly turut memaklumkan yuran yang dikenakan hanya berjumlah RM160 bagi proses mendapatkan LMM kelas B berbanding RM900 sebelum ini.

Foto: Astro Awani

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan tiada lagi program untuk mendapatkan LMM Kelas B1 di semua institut memandu bermula 1 Oktober ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loke juga berkata, semua individu layak memandu semua kuasa (cc) motosikal dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja sekiranya mempunyai LLM kelas B.

sumber: Berita Harian

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd