Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran ‘GOLD’ Khamis Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan buka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) atau ‘GOLD” bermula Khamis ini.

Menteri MOT, Anthony Loke berkata, orang awam boleh mendapatkan NPI secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid.

Loke berkata, siri nombor pendaftaran itu ditawarkan sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 yang bakal disambut Khamis ini.

“NPI yang dimaksudkan ialah tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD yang melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau menjelaskan, ia merupakan antara usaha MOT bagi merealisasikan hasrat kerajaan dengan melaksanakan inisiatif di bawah kementerian seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“50% daripada jumlah keseluruhan bidaan akan dikembalikan kepada MOT untuk dicarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pemandu teksi seluruh negara,” ujarnya.

Pada masa sama, pihaknya juga berharap hasil kutipan jualan nombor pendaftaran GOLD itu dapat melepasi rekod RM35 juta yang diraih menerusi siri FF sebelum ini.

JPJ buka bidaan nombor pendaftaran ‘GOLD’

NPI siri GOLD akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada 1 hingga 5 Februari 2024, manakala keputusan pemenang akan diumum pada 6 Februari ini.

Dalam pada itu, harga bidaan dalam Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) adalah mengikut harga minima bagi setiap kategori iaitu Nombor Bernilai Utama bermula pada harga RM20,000.

Sementara itu, Nombor Menarik bermula pada harga RM3,000, Nombor Popular pada RM800 dan Nombor Biasa pada RM300.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida, ia mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

“Orang awam dialu-alukan untuk menyokong hasrat Kerajaan seperti inisiatif yang telah dimaklumkan dengan menyertai bidaan NPI melalui Sistem JPJeBid,” jelas Loke.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd