Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Penyerahan Projek DRT, Lian Ker Gesa Hannah Yeoh Letak Jawatan

Seorang ahli politik telah menggesa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk meletakkan jawatannya berhubung isu penyerahan Projek Demand Responsive Transit (DRT).

Bekas Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Ti Lian Ker berpendapat bahawa perletakan jawatan Hannah adalah wajar demi memastikan negara berada di landasan betul untuk menangani penyalahgunaan kuasa agar ia tidak berleluasa.

Foto: MCA

Beliau berkata, pemberian kontrak oleh kerajaan kepada syarikat yang dimiliki oleh suami Hannah iaitu Asia Mobility tanpa melalui proses tender terbuka telah menimbulkan persoalan mengenai kecekapan, akauntabiliti, dan ketelusan (CAT) yang sering ditekankan oleh parti Tindakan Demokratik (DAP) terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan ( bukan kementerian Menteri) juga telah memberi Asia Mobility, syarikat kepunyaan suami Hannah Yeoh tanpa tender terbuka yang menimbulkan isu kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini terhadap kerajaan BN.

Foto: IG Hannah Yeoh

“Maka atas prinsip yang sama dan secara moral, Hannah perlu juga meletakkan jawatan supaya negara kita mempunyai landasan dan ketegasan untuk menangani penyalah gunaan kuasa dan pengaruh yang berleluasa. Bila lagi Hannah?,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin di Facebook.

Sementara itu, Lian Ker turut membandingkan dua kes melibatkan syarikat yang dimiliki oleh suami Hannah ini dengan satu lagi isu membabitkan seorang ahli politik iaitu Shahrizat Abdul Jalil dalam konteks menerima layanan istimewa daripada kerajaan menggunakan wang rakyat.

Ujarnya, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada ketika itu terpaksa meletakkan jawatan apabila beliau menghadapi tekanan akibat diserang oleh pihak DAP setelah syarikat suaminya, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dipilih bagi operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.

“Apa beza kes syarikat suami Sharizat dan syarikat suami Hannah Yeoh yang mendapat layanan istimewa kerajaan dengan wang ringgit rakyat? Dalam kes NFC kepunyaan suami Sharizat, Menteri Wanita pada masa syarikat itu mendapat pinajaman RM250 juta dari kerajaan (bukan kementerian Menteri) tetapi projek gagal.
“Mahkamah memutuskan pada tahun 2023 (di bawah kerajaan PH dan Umno) bahawa NFC tidak salah tetapi Sharizat sudahpun dihukum oleh puak Hannah Yeoh apabila dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri atas tekanan dan tohmahan politik.
“Wang ini adalah pinjaman yang perlu dibayar balik,” ujarnya.

Terdahulu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han menjelaskan bahawa syarikat yang dimiliki oleh Asia Mobility Sdn. Bhd. dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. terpilih untuk sistem DRT yang diluluskan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Difahamkan juga, dua syarikat itu dipilih Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT selepas berjaya membuktikan konsep berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Ti Lian Ker

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Lokal

Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya bersama dua lagi individu perlu membayar semula wang kutipan tiket penerbangan jemaah umrah berjumlah RM492,480 selepas Mahkamah Tinggi...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd