Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Nafi Prince Syed Meninggal Dunia! Dakwa Akaun Digodam, Poster Palsu Dimuat Naik

Isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed Shahid iaitu Fatin Syazwani tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas tular poster al-Fatihah memaparkan gambar hitam putih suaminya sehingga mencetuskan spekulasi kononnya lelaki itu telah meninggal dunia.

Isteri nafi Prince Syed meninggal dunia!

Penjelasan itu dibuat menerusi satu siaran langsung di TikTok bagi menjawab kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengikut dan orang ramai.

Menurut Fatin, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan menyifatkannya sebagai fitnah melampau yang sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata, insiden itu dipercayai berlaku apabila telefon bimbit tertinggal ketika mereka keluar makan sebelum mendakwa ada individu menggodam akaun media sosial mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam tempoh berkenaan, individu terbabit dipercayai mengakses akaun media sosial dan memuat naik poster palsu salam takziah dengan gambar hitam putih, seolah-olah Prince Syed telah menemui ajal.

“Jangan buat macam tu. Kalau dia (prince syed) meninggal, saya tak duduk berniaga ni. Daripada tadi kami kat sini. Kami hanya keluar makan sahaja. Lepas tu telefon bimbit tertinggal. Mereka punya jahat-jahat manusia tu,” katanya ketika berniaga di Bazar Kompleks PKNS di Shah Alam, malam tadi.

Prince Syed meninggal dunia

Dalam penjelasan yang sama, Fatin turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang sanggup menyebarkan berita kematian tanpa usul periksa, malah menuduh mereka sengaja melakukan gimik pemasaran atau ‘marketing’ untuk meraih perhatian.

Artikel lanjut: Pembedahan Bariatrik Berjaya, Netizen Puji Isteri Prince Syed Makin Kurus

Ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas dan keterlaluan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Korang nak kata marketing ke, hampir nak kata marketing diri sendiri ke, suka hati terpulang. Sebab korang kalau tak suka kami pun macam-macam korang kata.
“Sampai kata lelaki aku mati. Astaghfirullahalazim. Tergamak korang. Korang nak kata alasan ke, nak kata kami edit ke, suka hati. Sebab tak boleh nak betulkan mulut korang yang jahat-jahat manusia tu,” ujarnya.

Prince Syed meninggal dunia

Terdahulu, hantaran poster terbabit disertakan dengan kapsyen “Apa-apa kemas kini akan diberitahu” di akaun TikTok rasmi mereka, sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Sumber: TikTok @blackempiress

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd