Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Pesawat Hornet TUDM: Saksi Dakwa Dengar Bunyi Seakan Peluru Berpandu

Bunyi letupan kuat menyerupai peluru berpandu mengejutkan penduduk sekitar Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) selepas sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan, malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, saksi kejadian, Mazlan Abdullah, 61, berkata dia terdengar dua kali letupan ketika berada di sebuah kedai makan berhadapan pangkalan udara itu, sebelum terlihat cahaya api dari kawasan berkenaan.

TUDM

Artikel lain: Guru Wanita Korban Nyawa Selamatkan Pelajar Dalam Tragedi Jet Pejuang Terhempas Di Bangladesh

“Selepas bunyi letupan, saya nampak api marak dan asap berkepul-kepul. Orang ramai yang berada di kawasan berdekatan juga cuba pergi melihat apa yang berlaku.
“Api semakin marak selepas letupan kedua, malah turut terhidu bau hangit dari arah lapangan terbang,” katanya.

Seorang lagi saksi, jurutera elektrikal Khairul Azli Syahmie Abdul Aziz, 26, pula berkata dia mendengar letupan dari rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi. Namun pada awalnya dia menyangka ia latihan rutin pasukan TUDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
TUDM

Foto: Kosmo!

“Bila tengok media sosial baru tahu ada jet pejuang terhempas. Saya tak keluar rumah sebab ingat latihan biasa. Kawasan ini memang selalu dengar bunyi latihan ketenteraan,” ujarnya..

Katanya, beberapa jiran di kawasan kediamannya di Pandan Perdana turut keluar rumah sebaik mendengar letupan untuk melihat keadaan sebenar.

TUDM

Utusan Malaysia

Terdahulu, pesawat tempur F/A-18D Hornet TUDM dilaporkan terbabit dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada jam 9.05 malam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan bahawa juruterbang serta pembantu juruterbang pesawat terbabit selamat.

Sumber: Astro Awani 

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd