Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ini Alasan Putera Mahkota Arab Saudi Dilapor Larang Jemaah Berbuka Puasa Di Masjid

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah larang jemaah berbuka puasa di dalam masjid menjelang Ramadan  ini bermula pada 11 Mac hingga 9 April tahun ini.

Menerusi satu perkongsian di X Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Mohammed telah mengeluarkan beberapa siri arahan kepada pekerja di masjid.

Pada arahan tersebut, Putera Mahkota Arab Saudi mengarahkan imam dan muazzin untuk sentiasa hadir ke masjid untuk kerja mereka.

“Kementerian juga menegaskan agar tiada penggunaan kamera di masjid untuk merakam imam dan jemaah kerana ia dapat mengganggu ketakwaan orang lain,” katanya.

Artikel lain: Demi Bahagiakan Isteri, Suami Habiskan RM11,000 Bawa Isteri Tengok Konsert Taylor Swift

Dalam pada itu, Putera Mahkota Arab Saudi juga mengarahkan agar imam dan muazin tidak melakukan punggutan derma bagi majlis iftar di masjid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Putera Mahkota Arab Saudi larang jemaah berbuka di masjid

Foto: Sinar Harian

“Majlis berbuka puasa di dalam masjid tidak boleh dilakukan demi menjaga kebersihan tempat ibadah.
“Tempat yang sesuai bagi majlis berbuka puasa harus disediakan di halaman masjid tanpa menggunakan bilik sementara, khemah atau sebagainya.
“Majlis berbuka puasa hendaklah dilakukan di bawah tanggungjawab imam dan muadzin dan orang yang menyediakan hidangan iftar hendaklah membersihkan kawasan itu sebaik sahaja selesai,” ujarnya.

Putera Mahkota Arab Saudi Larang Berbuka Di Masjid

Sementara itu, Putera Mahkota Arab Saudi juga mengarahkan imam dan muadzin untuk melarang pengemis daripada mengemis di dalam masjid atau kawasan sekelilingnya.

“Larangan ini dilaksanakan untuk mendidik jemaah tentang bahaya mengemis kepada sosial, ekonomi dan keselematan, untuk menjelaskan larangan undang-undangnya disamping mendesak orang ramai bersedekah ke arah kebaikan melalui platform yang diyakini,” jelasnya.

Sumber: X Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd