Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Zara Qairina: Individu Mohon Maaf Dakwa Fadhlina Sepupu Pengetua, Dapat Info Dari TikTok

Individu Mohon Maaf Dakwa Fadhlina

Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan komen fitnah yang mengaitkan beliau dengan pengetua di sebuah sekolah.

Wanita itu yang menggunakan akaun Facebook Noor Ramzilaa mendakwa komen berkenaan dibuat tanpa menyelidik terlebih dahulu dan maklumat diperoleh daripada siaran langsung seorang pengguna media sosial serta tangkap layar yang dikongsikan di TikTok.

“Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah Zara Qairina. Tanpa selidik, saya terus komen macam ni di Facebook.
“Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah apa yang saya komen ini.
“Sekali lagi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Joniston Minta Rakyat Bertenang, Tegaskan Kerajaan Sabah Prihatin

Individu Mohon Maaf Dakwa Fadhlina

Terdahulu, Fadhlina telah membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, fitnah itu lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

Sumber: FB Noor Ramzilaa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd