Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Identiti Lima Mangsa Kebakaran Dikenal Pasti, Dua Lagi Terselamat Kerana Tinggal Di Asrama

Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, di Raub awal pagi tadi.

Identiti lima mangsa kebakaran dikenal pasti

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10.

lima mangsa kebakaran

Foto: Media sosial

Beliau berkata ketika kejadian, dua lagi anak pasangan itu tiada di rumah kerana menetap di asrama.

“Anak mangsa yang tiada di rumah ialah Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Rumah Terbakar Awal Pagi, Lima Sekeluarga Ditemui Rentung Di Raub

lima mangsa kebakaran

Foto: Astro Awani

Dalam pada itu, Mohd Shahril berkata hasil siasatan turut mendapati rumah berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, namun jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan operasi pemadaman berjaya mengawal api pada 4.48 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
lima mangsa kebakaran

Foto: Bernama

lima mangsa kebakaran

Foto: Bernama

Beliau berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut melibatkan masing-masing tiga kereta dan motosikal.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd