Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ibu Terharu Layanan Pekerja Kedai Makan, Angkut Payung Besar Untuk Anak Istimewa Keluar Van Ketika Hujan

Seorang ibu berkongsi momen menyentuh hati semasa singgah makan di sebuah kedai di Temerloh, apabila pekerja kedai tersebut sanggup memayungkan anak istimewanya dari van sehingga ke dalam premis menggunakan payung besar milik restoran.

Terharu layanan pekerja kedai makan

Menurut wanita itu, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Terengganu ke Temerloh dan singgah makan di kedai tersebut ketika hujan lebat.

@itamazlan5

Kami dri Tgnu ke Temerloh Pahang,sampai je kt kedai makan hujan lebat, terharu dengan layanan pekerja kt Port Bako Bako ni,payong kecik tkde tergelak umi bampak payong ye kuorkn utk ambik anak syurga umi dlm van🥰 Mekasih wahai insan yg baik..moga Allah permudohkn segala urusan staf kedai@portbakobako #AnkSyurga #OrgBaik #JgnCkpStafTkPayongYe😍

♬ bunyi asal – ITAMAZLAN5 – ITAMAZLAN5

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa diminta, salah seorang pekerja kedai dilihat membuat inisiatif dengan mengambil payung besar semata-mata untuk memayungkan anak syurga wanita berkenaan yang sedang didukung dipercayai oleh seorang ahli keluarga lain.

Artikel lain: Berdua Naik Motor, Wanita Sebak Lihat Warga Emas Redah Hujan

pekerja kedai makan
“Kami dari Terengganu ke Temerloh, Pahang. Sampai je kat kedai makan hujan lebat. Terharu dengan layanan pekerja ni.. payung kecik takde, tergelak Umi nampak payung dikeluarkan untuk ambil anak syurga Umi dalam van,” tulisnya di ruangan kapsyen video dimuat naik di TikTok @itamazlan5, baru-baru ini.

Tindakan spontan itu nyata memberi kesan mendalam kepada si ibu yang menyifatkan pekerja lelaki tersebut sebagai insan yang baik selain mendoakan agar segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

“Terima kasih wahai insan yang baik… moga Allah permudahkan segala urusan staf kedai,” tambahnya lagi.

pekerja kedai makan

Video yang turut menggunakan tanda pagar seperti #AnakSyurga, #OrgBaik dan #JgnCkpStafTkPayongYe itu telah meraih perhatian ramai warganet rata-ratanya turut terharu dengan sikap prihatin pekerja kedai makan terbabit.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan meraih hampir 43,000 tontonan dan lebih 100 komen netizen selain 1,823 tanda suka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @itamazlan5

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd