Haqiem Stopa Sedia Sumpah Laknat!
Personaliti media sosial, Haqiem Stopa menafikan sekeras kerasnya dakwaan berlaku curang bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun seperti didakwa isterinya, Aireena Sofia.
Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, mengakui berada di tempat kejadian namun menegaskan tiada sebarang perkara tidak bermoral berlaku.
“Saya memang berada di tempat kejadian tetapi tidak ada apa apa yang berlaku lebih daripada itu. Kalau nak saya bersumpah laknat atas nama Rasulullah sekalipun, saya tiada masalah.
“Saya menafikan sekeras kerasnya tuduhan orang ramai yang ada berlaku sesuatu antara kami,” katanya.
Haqiem Stopa Sedia Sumpah Laknat
Menurut Haqiem, dia tidak bermalam di rumah berkenaan dan mempunyai saksi yang melihat kehadirannya hanya pada waktu siang.
Katanya dia berada di rumah itu dari jam 8 pagi hingga sekitar 12 tengah hari bagi mencari individu yang dipercayai menjadi pemberi maklumat kepada isterinya sehingga berlaku pertengkaran dalam rumah tangga mereka.
Haqiem menjelaskan dia tidak pergi pada waktu malam kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk.
Dia menegaskan hubungan dengan remaja terbabit tidak lebih daripada kawan.
“Saya dengan dia tiada apa apa hubungan, tiada kasih sayang, tiada perasaan dan tiada hubungan sulit.
“Asalnya memang tiada apa apa. Saya berhubung dengan perempuan itu hanya lima hari sahaja,” ujarnya.
Dalam masa sama, isterinya, Aireena Sofia atau Jane tampil mendedahkan bukti ekoran dakwaan kecurangan suaminya itu.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Jane berkata dia enggan membuka aib mana mana pihak namun keadaan memaksa apabila campur tangan pihak ketiga.
“Kita diam, tak mahu buka aib rumah tangga atau mana mana pihak tapi perkara ini dah melampau. Saya nak selesaikan secara berdua tapi orang yang tak patut masuk campur dah kacau kes ini.
“Cakap saya bukan bukan. Kau yang menghancurkan reputasi adik kau. Kau yang hancurkan karier adik kau. Aku dah pesan, jangan post apa apa,” katanya.
Jane turut mendakwa kakak iparnya menuding jari dan menyifatkan isu rumah tangga mereka sebagai publisiti tanpa bukti.
“Sibuk tanya aku mana bukti dia curang dengan budak 18 tahun.
“Ini bukti semua dah ada, faham tak kakak ipar,” ujarnya dalam siaran langsung itu.
Menurut Jane, dia bukan isteri yang cemburu buta hingga memfailkan perceraian atas alasan remeh seperti ‘like’ foto wanita. Katanya dakwaan itu tidak benar dan tindakan difailkan selepas beberapa perkara lain yang lebih serius berlaku.
“Saya bukan sejenis cemburu buta. Bila saya diam, pijak kepala saya.
“Cakap saya menipu macam saya pula yang salah,”luahnya.
Artikel lain: Netizen Persoal Kafe Haqiem Stopa Sudah Ditutup? – “Dah Kata Jangan Aniaya Isteri”
Sebelum ini, Aireena memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November lalu. Dalam dakwaan terdahulu, dia mendakwa suaminya pernah berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka namun Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: mStar Online (Maszuhaira Sarimin), TikTok @wanx262, privateacc0unt12












































