Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Hapuskan Gaza Dari Muka Bumi!”- Bekas Menteri Komunikasi Israel

Bekas Menteri Komunikasi Israel dari Parti Likud, Galit Distel Atbaryan menggesa Genting Gaza dihapuskan dari muka bumi.

Kenyataan biadap itu dimuat naiknya di laman Facebook berhubung serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Selain mencadangkan penghapusan Gaza, Distel Atbaryan turut menggelarkan penduduk Palestin di Tebing Barat sebagai Nazi.

“Gaza perlu dihapuskan dan Nazi di Tebing Barat juga perlu disasarkan.
“Kita memerlukan askar Israel yang pendendam dan ganas untuk misi ini,”gesanya.

Israel Gaza

Artikel lain: Tolak Genjatan Senjata, Israel Mahu Perang Hingga Menang Pertempuran

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga menyifatkan serangan yang berlaku itu adalah ‘bodoh’ dan membazir masa dan tenaga selain akui berdepan dengan serangan panik akibat konflik tersebut.

“Saya tidak pernah mengambil pil penenang sebelum ini. Hari ini, saya mengambil ia tanpa berfikir dua kali. 
“Saya menahan diri dalam dewan selama lima minit sebelum keluar sambil menangis dan badan bergetar,”tulisnya.

https://www.facebook.com/galit.distalatbaryan/posts/pfbid02zDGXPEZ7p9kijtfDDpPFJX673xy22WZRWCdj5fiDx1oWAeN2rF6Yr881ZM4KrtK2l

Untuk pengetahuan, Distel Atbaryan meletakkan jawatan sebagai menteri pada 12 Oktober lalu selepas pejabatnya ditutup berikutan penyusulan semula sumber kerajaaan berikutan perang ke atas Gaza.

Beliau yang juga merupakan pengulas media berhaluan kanan telah banyak mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan kontroversi.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Yoay Gallant menggelar rakyat Palestin sebagai haiwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd