Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Gaji Minimum Pekerja B40 Di Sime Darby Property Dinaikkan Ke RM2,700 Sebulan

Sime Darby Property Bhd mengumumkan peningkatan gaji minimum bagi pekerjanya yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40, daripada RM1,500 kepada RM2,700 sebulan.

Menurut laporan Berita Harian, langkah ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap kesejahteraan pekerja dan agenda pertumbuhan inklusif yang lebih menyeluruh.

Foto: Carian Google

Pengerusi Sime Darby Property, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata, pelarasan gaji ini dibuat bagi menangani peningkatan kos sara hidup serta menyediakan sokongan kewangan yang lebih kukuh kepada pekerja berpendapatan rendah.

“Inisiatif ini memperkukuh komitmen kami dalam memastikan kestabilan kewangan dan kesejahteraan tenaga kerja, terutamanya golongan yang paling terkesan dengan kenaikan kos hidup,” katanya.

Peningkatan gaji ini merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan tenaga syarikat di bawah pelan transformasi SHIFT25.

Sepanjang tahun 2024, Sime Darby Property turut merekodkan penignkatan sebanyak 43 peratus dalam jumlah jam latihan pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat juga memperkenalkan pelbagai program latihan baharu yang merangkumi bidang kecerdasan buatan (AI), pembangunan lestari, dan biodiversiti bandar.

Tambah Rizal, pelbagai inisiatif ini bertujuan memperkasa kemahiran tenaga kerja agar seiring dengan keperluan industri yang kian berkembang serta memenuhi jangkaan berkaitan tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG).

Dengan gaji minimum baharu sebanyak RM2,700, Sime Darby Property kini menawarkan kadar yang jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu RM1,700 sebulan bermula Februari 2025 bagi syarikat yang mempunyai lima atau lebih pekerja.

Bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, tempoh pematuhan terhadap kadar baharu ini dilanjutkan sehingga Ogos 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Ketidakpatuhan terhadap dasar gaji ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Majlid Rundingan GAJI nEGARA 2011 (Akta 732), yang boleh dikenakan penalti.

Dasar gaji minimum kebangsaan yang disemak semula ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 4.3 juta pekerja di seluruh negara, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd