Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Bukan Sekadar Animasi! Empat Hari Tayang, Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 juta

Ejen Ali The Movie 2

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), mencatat kutipan RM15.3 juta selepas empat hari ditayangkan di pawagam, termasuk dua hari tayangan bersama peminat.

Filem terbitan Wau Animation dengan kerjasama Primeworks Studios (PWS) dan Komet Productions itu ditayangkan serentak di 161 pawagam seluruh negara termasuk Brunei bermula 22 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, PWS memaklumkan EATM2 turut mencatat sejarah sebagai pembukaan tayangan animasi tempatan terbesar setakat ini.

Menurut kenyataan itu, sambutan luar biasa daripada penonton menyaksikan beberapa pawagam menambah sesi tayangan berikutan permintaan tinggi, selain tayangan dijangka terus mencatat angka memberangsangkan menjelang cuti persekolahan bermula 29 Mei ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah EATM2 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wau Animation, Usamah Zaid Yasin meluahkan rasa syukur atas sokongan diterima sejak awal tayangan.

“Alhamdulillah, sejak sesi ‘Fans Screening’ sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang diterima sangat luar biasa.
“Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton.
“Semua ini sangat bermakna dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali akan datang,” katanya dalam kenyataan itu.

Artikel lain: Berjaya Tarik Minat Negara Luar, Filem Gayong Bakal Tembusi Pasaran Amerika Latin

Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 juta

Sementara itu, CEO Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof menyeru lebih ramai penonton untuk terus menyokong filem tempatan.

“Kami mengalu-alukan sokongan semua ‘ejens’ untuk terus membanjiri pawagam dan menyemarakkan lagi semangat terhadap karya tempatan.
“Datang dan bawalah keluarga serta anak-anak ke pawagam kerana Ejen Ali The Movie 2 sememangnya hiburan yang membawa mesej penting dan sesuai untuk semua peringkat usia.
“Pada masa yang sama, kami juga mohon kerjasama agar penonton tidak mendedahkan sebarang ‘spoiler’ bagi memastikan setiap orang dapat menikmati pengalaman penuh tanpa gangguan atau pendedahan awal,” katanya lagi.

EATM2 mengisahkan Ali yang dipilih sebagai perintis bagi misi berisiko tinggi di bawah program elit SATRIA, yang menggunakan sut berteknologi tinggi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB TGV Cinemas

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd