Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dusun Durian RM223.6 Juta Disita, Tan Sri Antara Ditangkap

Dusun durian terletak di Raub, Pahang disita kerana terbabit dengan kes penipuan skim pelaburan ponzi atau MBI. Berkeluasan 363 hektar, dusun ini merupakan aset terbaharu yang disita dan dianggarkan bernilai RM223.6 juta.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali memberitahu seramai lima lelaki tempatan termasuk dua bergelar Tan Sri serta Datuk Seri ditangkap pada Op Northern Star terbabit.

Dusun durian Raub disita

Dusun durian Raub disita

MeHasbullah berkata, kesemua suspek telah direman selama lima ke enam hari bagi membantu siasatan terhadap kes terbabit.

“Tindakan pembekuan dan sitaan ke atas harta serta aset iaitu tiga dusun durian dianggarkan bernilai RM223.6 juta.
“Dusun ini terletak di Raub, Pahang berkeluasan 343 hektar; Jawi, Pulau Pinang (5.3 hektar) dan Tasek, Kedah (13.8 hektar).
“Turut disita ialah 299 akaun bank berjumlah RM123,614,594.35, 12 kenderaan mewah, seutas jam tangan mewah, wang tunai, lima unit telefon bimbit, satu komputer serta pelbagai dokumen penting,” kata Hasbullah dalam sidang akhbar di Menara KPJ pada Selasa.

Dusun durian Raub disita

Sementara itu, Hasbullah mendedahkan pihaknya juga turut menyita tiga perniagaan lain termasuk sebuah kilang memproses kelapa sawit di Selama, Kedah, sebuah hotel serta syarikat pemaju di Pulau Pinang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan mendapati dusun durian itu mempunyai geran yang sah.
“Individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri itu disyaki berperanan sebagai proksi atau rakan kongsi dalam aktiviti pelaburan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah bergiat aktif dalam kes penipuan pelaburan sejak lapan tahun lagi dan telah melibatkan seramai 11 juta mangsa dari negara jiran serta terdapat enam laporan daripada mangsa warga tempatan.

“Kita akan memfokuskan penipuan pelaburan MBI ini sebelum mengenal pasti sekiranya ada penglibatkan kes penipuan lain.
“Penipuan MBI ini dipercayai menggunakan kaedah ‘menebus’ barangan yang ditawarkan di bawah perniagaan mereka contohnya tukar tayar kenderaan serta barang elektrik bagi menampakkan perniagaan ini seolah-olah relevan,” tambahnya lagi.

Dusun durian Raub disita

Artikel lain: Isu Kebun Durian: Ahli Parlimen Raub Dan Pengerusi SAMKA Dibebaskan

Untuk rekod, Op Northern Star siri pertama yang dilaksanakan pada 21 Mac hingga 5 April telah menahan lapan individu membabitkan tujuh lelaki dan seorang wanita termasuk tiga bergelar Datuk di sekitar Lembah Klang serta utara tanah air. Hasil serbuan, pihak polis telah membekukan dan menyita aset bernilai RM3.5 bilion.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd