Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dr Amalina Beri Nasihat Berpantang, Minum Air Sejuk Tak Kecutkan Rahim

Minum air sejuk tak kecutkan rahim

Doktor pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri tampil memberi penjelasan berhubung penjagaan kesihatan para ibu selepas bersalin yang kerap kali keliru dengan amalan kesihatan cara tradisional yang dianggap hanya mitos namun dipercayai masyarakat tempatan.

Minum air sejuk tak kecutkan rahim

Amalina nasihat Minum air sejuk tak kecutkan rahim

Beliau menyangkal dakwaan bahawa meminum air sejuk selepas bersalin boleh memberi kesan sampingan seperti menyebabkan rahim jatuh atau masuk angin.

Menurut Dr Amalina, perkara ini hanyalah mitos sahaja namun diamalkan secara turun temurun sehingga menyebabkan para ibu menjadi takut dan mudah percaya terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

https://www.instagram.com/p/DMXr-AoIRve/

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Let’s burst a very important pantang myth in Malaysia. Orang kata kalau minum air sejuk lepas bersalin, rahim boleh jatuh atau kembang atau badan masuk angin.
“Medically, itu tidak betul. Tiada bukti saintifik yang kata air sejuk bahaya untuk ibu selepas bersalin. Apa yang penting ialah hidrasi. Untuk tenaga, susu badan dan pemulihan luka.
“Saya juga minum air sejuk selepas bersalin tetapi my uterus is still exactly where it should be,” kata Dr Amalina di Instagram.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengingatkan agar para wanita mengambil minuman yang berkhasiat untuk tubuh badan selain mendapatkan nasihat daripada doktor dan bukannya percaya dengan perkara-perkara mitos yang dianggap tidak bermanfaat.

Minum air sejuk tak kecutkan rahim

“Hormati budaya tapi jangan takuti ilmu.
“To all mummies minum apa yang buat anda rasa baik. Dengar kata doktor bukan kata mitos.
“Your healing, your way,” jelasnya.

Artikel lain: Suka ‘Camping’! Ramai Tumpang Gembira Lihat Keadaan Ainul Mardhiah Semakin Sihat, Aktif

Untuk rekod, Dr Amalina memiliki ijazah sarjana dalam bidang penyelidikan dari University of Cambridge dan kini sedang menyambung pengajian PhD di Imperial College London, dengan fokus kepada kanser payudara dan COVID-19.

Beliau juga bertugas sebagai pakar bedah dan penyelidik di Imperial College Healthcare NHS Trust juga aktif berkongsi ilmu kesihatan melalui media sosial dan laman web “Ask Dr Amalina”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Dr Amalina Bakri

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab. Barang kemas...

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd