Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ditinggal Sehelai Sepinggang, Warga Emas Ditemui Terlantar Bersama Najis Sendiri

Seteruk mana pun ibu bapa kita, tak sepatutnya kita buang mereka seperti sampah apabila umur mereka semakin tua. Jangan kerana kesalahan dahulu, kita jadi anak derhaka.

Begitulah kejadian yang berlaku keatas seorang warga emas yang terbiar dalam keadaan terlantar sejak tiga minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Menurut laporan Kosmo! warga emas tersebut ditinggalkan di kaki lima pasar tersebut dalam keadaan sehelai sepinggang.

Seorang peniaga pakaian di pasar tersebut, Ashwadi Ramli berkata sebelum ini, warga emas itu mampu bergerak membeli makanan di pasar tersebut selepas dua hari ditinggalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peniaga berumur 45 tahun itu juga berkata, lelaki itu mempunyai tatu pada bahagian lengan itu kelihatan tenat sebelum terlantar di atas kaki lima pasar dalam keadaan separuh bogel.

Warga emas yang berusia lingkungan 70-an itu ditinggalkan bersama sehelai tilam nipis dan dibiarkan terbaring di atas tilam tersebut yang telah dipenuhi dengan najis.

“Akibat ditinggal lama, tilam berkenaan dipenuhi dengan najis memandangkan lelaki itu tidak boleh bergerak dan dia membuang air kecil dan air besar di atas tilam tersebut.

“Saya dan peniaga lain hanya mampu memberikan makanan kepadanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mengenalinya,” kata Ashwadi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ashwadi menambah, perkara tersebut membuatkan pembeli di pasar itu tidak selesa kerana bau yang kurang menyenangkan. Lebih-lebih lagi cuti sekolah yang sudah bermula maka lebih ramailah penggunjung ke pasar tersebut.

Walaupun telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan pihak berwajib selepas melihat keadaan warga emas itu semakin tenat, setakat ini masih belum ada tindakan yang diambil.

Peniaga itu juga berkata pihak hospital sudah datang melihat keadaan warga emas tersebut namun mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana warga emas tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Saya harap pihak bertanggungjawab datang membantu warga emas ini kerana dia tidak boleh bergerak,” ujar Ashwadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Rohana Mohd. Nawi) & Harian Metro (Hidayatidayu Razali)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd