Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Diseksa Dalam Penjara, Tawanan Palestin Hilang Separuh Tempurung Kepala

Seorang tawanan Palestin yang dikenali sebagai Abud berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi tebusan kepada Israel yang diseksa sehingga mengalami kecederaan serius.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, Abud yang hilang separuh tempurung kepala hadir bersama ibunya untuk ditemu bual mendedahkan satu-persatu kejahatan tentera zionis ketika di dalam penjara.

Tawanan Palestin

Artikel lain: Tawanan Israel Mahu Jadi Rakan Baik Pejuang Palestin Selepas Dibebaskan

Jelasnya, dia merupakan tebusan terawal yang telah dibebaskan sejak tiga bulan lalu bersama dengan kanak-kanak Gaza yang lain.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat 30 butir peluru berada di dalam kepalanya namun punca keberadaan objek tersebut di dalam anggota itu tidak dapat dikenal pasti memandangkan daya ingatannya sudah lemah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun insiden itu sukar untuk dipercayai, Abud kemudiannya telah diberi rawatan oleh pegawai kesihatan bagi mengeluarkan 30 butir peluru yang menjadi punca sebelah tempurung kepalanya hilang.

“Saya merupakan tebusan pertama yang telah dibebaskan. Saya telah dibebaskan sejak tiga bulan yang lalu tapi saya tak dapat ingat apa-apa.
“Apabila saya tersedar, terdapat 30 butir peluru dalam kepala saya. Saya tak tahu yang saya koma selama seminggu.
“Bukan itu sahaja, mereka (Israel) letak jam elektronik pada saya, jadi kalau saya bergerak lebih daripada mereka tetapkan..mereka akan datang dan kurung saya.
“Selepas pemvedahan saya cuma mahu berjumpa dengan rakan, sepupu saya. Saya cuma berharap selepas pembedahan kepala saya akan kembali normal,” ujarnya.

Ibu kepada Abud memberitahu anaknya berkemungkinan besar akan menjadi pekak, bisu, dan hanya duduk di kerusi roda selepas pembedahan dijalankan.

Pun begitu, keajaiban telah berlaku dimana Abud kembali sedar seperti biasa tanpa alami sebarang kecacatan sebaik sahaja pembedahan selesai.

“Doktor memberitahu kepada kami yang anak saya akan buta, pekak, pekak-bisu, dan hanya duduk di kerusi roda. Saya cakap asalkan anak saya hidup dan bernafas..saya tak nak anak saya meninggal dunia. Alhamdulilah dia masih hidup,” ujarnya.

Dalam pada itu, ibu Abud mendedahkan anak lelakinya itu dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun kerana dituduh membaling bom ke sebuah kediaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anak saya ditahan Israel kerana dituduh membaling bom ke sebuah kediaman. Israel dakwa bahawa hukumannya akan lebih panjang.
“Peguam memaklumkan bahawa anak saya akan dipenjara selama tujuh tahun. Sebab itu mereka menyuruh kami memakai pembalut dan meneruskan rawatannya.
“Tapi syukur alhamdulilah anak saya telah dibebaskan bersama dengan kanak-kanak Gaza yang lain. Tapi kegembiraan saya tidak berpanjangan kerana dia masih memerlukan rawatan di hospital bagi menjalani pembedahan selanjutnya.
“Apa yang lebih penting sekarang dapat kembali tempurung Abud yang hilang seperti sedia kala. Itulah kegembiraan yang saya mahukan,” tambahnya lagi.

Sumber: X @Sulaiman Ahmed

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sedang berlatih menyampaikan khutbah mencuri perhatian warganet apabila kanak-kanak itu dilihat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd