Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Digelar Hakim Paling Baik Di Dunia, Frank Caprio Meninggal Akibat Kanser

Dunia kehakiman dan jutaan pengikut di seluruh dunia berdukacita apabila hakim yang dikenali dengan sifat belas kasihannya, Frank Caprio meninggal dunia dengan pada usia 88 tahun selepas kira-kira dua tahun berjuang melawan kanser pankreas.

Hakim paling baik di dunia meninggal

Caprio yang terkenal sebagai “The Nicest Judge in the World”, mencuri hati masyarakat bukan kerana ketegasan hukumannya semata-mata, tetapi kerana pendekatan kemanusiaannya dalam mendengar kes-kes di mahkamah.

Hakim paling baik

Menerusi satu hantaran di laman Instagram rasminya, ahli keluarga menyifatkan Caprio sebagai seorang insan yang luar biasa.

“Dikasihi kerana sifat belas kasihan, kerendahan hati dan keyakinan yang tidak pernah goyah terhadap kebaikan manusia, Hakim Caprio telah menyentuh kehidupan jutaan orang melalui kerjanya di mahkamah dan juga di luar.
“Keikhlasan, humor dan kebaikan hatinya meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang mengenalinya,” tulis mereka hari ini.

Hakim paling baik

Mereka turut menambah, mendiang akan dikenang bukan sahaja sebagai seorang hakim yang dihormati, tetapi juga sebagai suami, bapa, datuk, moyang dan sahabat yang penyayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Legasinya akan terus hidup dalam setiap perbuatan baik yang telah diilhamkannya.
“Sebagai mengenang beliau, marilah kita semua berusaha membawa lebih banyak belas kasihan ke dalam dunia ini, sebagaimana yang dilakukannya setiap hari,” kata mereka.

Artikel lain: ‘Hakim Paling Baik Di Dunia’ Mohon Doa, Disahkan Hidap Kanser Pankreas

Hakim paling baik

Sebelum itu, Caprio ada berkongsi satu video dalam keadaan terbaring atas katil hospital dengan mengucapkan terima kasih kepada para pengikutnya atas doa serta sokongan yang diberikan.

“Ketika saya terus berjuang dalam pertarungan yang sukar ini, doa anda akan menguatkan semangat saya,” ujar Caprio.

Sikap mendiang yang penuh empati, rendah hati, serta keyakinannya terhadap kebaikan manusia menjadikan dirinya ikon global dalam dunia kehakiman.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim di Mahkamah Bandar Providence, Amerika Syarikat, Caprio sering membuktikan bahawa undang-undang tidak semestinya dilihat dari sudut hitam putih semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Judge Frank Caprio

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd