Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Kesal, Dakwa Ibu Dibuli Rakan Sebilik Ketika Tunai Haji -“Cakap Bodoh, Bengap..”

Dakwa Ibu Dibuli Rakan Sebilik

Hati anak mana yang tidak luluh apabila melihat ibu tersayang pulang dari ibadah haji dalam keadaan murung, hanya kerana dilayan buruk dan dipulau ketika berada di Tanah Suci.

Itu luahan seorang wanita menerusi satu perkongsian di platform Threads yang mendedahkan ibunya telah mengalami gangguan emosi selepas pulang ke tanah air gara-gara dibuli oleh rakan sebilik semasa menunaikan ibadah haji.

Dakwa Ibu Dibuli Rakan Sebilik Ketika Tunai Haji

Menurut wanita itu, ibunya yang berusia lebih 70 tahun dan buta IT dikatakan sering dimarahi, ditengking, malah dilemparkan dengan kata-kata kesat seperti “bodoh” dan “bengap” hanya kerana tidak cekap menguruskan hal-hal di sana.

“Kasihan mak saya. Selepas balik dari sana, murung sebab teringat-ingat rakan sebilik yang buli dia. Mak kita ini memang buta IT.
“Nak keluar ke mana-mana, tak pandai. Dekat kampung juga jenis duduk rumah sahaja. Selepas itu mak ceritalah ada mak cik-mak cik yang duduk sebilik cakap dia bodoh dan bengap.
“Selepas itu kena maki dan tengking lagi. Ingatkan yang pandai ini bolehlah bantu-bantu orang kurang pandai. Ini makin dipulau ‘kaw-kaw’,” luahnya.

Dia turut mempersoalkan mengapa masih wujud sikap membuli dalam kalangan jemaah haji, apatah lagi ketika berada di tempat suci yang menuntut adab, tolong-menolong dan kesabaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun sedih melihat keadaan ibunya, wanita tersebut tetap menganggap kejadian yang menimpa sebagai satu ujian Allah di Tanah Suci.

Artikel lain: Didakwa Tipu Jemaah Warga Emas, Ejen Pakej Haji Direman 4 Hari

Perkongsian itu meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib warga emas terbabit, selain mengecam sikap tidak berperikemanusiaan dalam kalangan sesama jemaah haji.

Namun begitu, ada juga segelintir yang berpendapat bahawa bakal jemaah haji wajar melengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya sebelum berangkat ke Mekah bagi mengelakkan kebergantungan kepada orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, sebahagian besar bersetuju bahawa perbuatan memulau dan memaki jemaah lain tidak sepatutnya berlaku, malah Islam menggalakkan bantuan serta ihsan sesama umat lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Suci.

Sumber: Threads dududali

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd