Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dakwa Boleh Bercakap Dengan Malaikat, Penceramah Agama Tampil Mohon Maaf

Seorang penceramah agama yang yang dikenali sebagai Mama Ghufron tampil mohon maaf selepas ceramah yang disampaikan mengundang kontroversi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun YouTube Gus Fuad Channel, Mama Ghufron yang didampingi dengan tiga individu lain menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada orang ramai.

Penceramah agama tampil mohon maaf

Penceramah Agama Tampil Mohon Maaf

Pada video yang dimuat naik itu, Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani berkata dia memohon maaf terhadap orang ramai susulan tular potongan klip ceramahnya baru-baru ini.

“Saya dari sekolah pondok Uniq Nusantara Pancasila memohon maaf yang sebesar-besarnya atas tular klip video Pondok Pesantren Uniq Nusantara. Dari Sabang sampai Merauke, mohon maaf sebesar-besarnya,” katanya.

Selepas berkata demikian, Mama Ghufron menyerahkan penyampaian permohonan maaf itu kepada salah seorang individu di sebelahnya yang bernama Ustaz Ubad Aminullah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ramai Hadir Ke Majlis Tabur Abu Mayat Arwah Suami, Jennifer Coppen Titip Terima Kasih

Ustaz Ubad kemudian membacakan permohonan maaf penuh yang ditulis dalam satu kertas yang kemudian ditandatangani oleh Mama Ghufron.

“Kami di sekolah pondok Uniq Nusantara Pancasila mengajar mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Kami memberikan motivasi kepada pelajar dan jemaah untuk bersungguh-sungguh dalam belajar agama dan mempunyai jiwa mementingkan agama dan nasionalis,” ujar Ustaz Ubad, membaca penjelasan Mama Ghufron.

Penceramah Agama Tampil Mohon Maaf

Terdahulu, Mama Ghufron telah menyampaikan ceramah yang mengandungi kandungan pelik, antaranya dia mendakwa dirinya boleh bercakap dengan malaikat serta boleh berkomunikasi dengan semut.

Ceramah Mama Ghufron itu tersimpang jauh daripada akidah Islam dan ini merisaukan kerana dia memiliki jumlah pengikut yang besar di Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan tular video ceramah itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengambil tindakan untuk memperbetulkan pemahaman Mama Ghufron agar masyarakat tidak terpengaruh dan mengikuti ajarannya itu.

Tonton video penuh di sini:

Sumber: YouTube Gus Fuad Channel

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd