Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kantoi Ada Hubungan Sulit, Nama CEO, Naib CEO Digugurkan Daripada Syarikat

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web rasmi PLB.

Nama CEO digugurkan daripada syarikat

ceo kantoi ada hubungan sulit

Perkara itu terjadi apabila tular spekulasi mendakwa kedua-dua individu terbabit mempunyai hubungan sulit tanpa pernikahan yang sah.

Beberapa rakaman video yang dipercayai Lim dan Tan keluar bersama dari sebuah bilik pejabat telah tersebar luas di platform Reddit, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Grayce Tan, yang lebih dikenali sebagai @babygrayce di Instagram, menyertai PLB pada tahun 2022 dan merupakan pencipta kandungan dari Singapura dengan kira-kira 191,000 pengikut di Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kedua-dua Lim dan Tan masing-masing telah berkahwin, manakala Lim juga sudah mempunyai empat orang anak.

Menerusi video yang kini tular, kedengaran bunyi menyerupai rintihan dari sebalik pintu tertutup di sepanjang koridor sebuah bangunan pejabat, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa individu di dalam bilik tersebut sedang melakukan hubungan seksual.

Dalam satu rakaman berasingan, Lim dan Tan kelihatan keluar dari bilik berkenaan, dengan Lim dilihat mengunci pintu selepas itu.

Susulan penularan video berkenaan, akaun Instagram Lim dan Tan telah ditetapkan kepada mod peribadi. Selain itu, profil individu mereka di laman web PLB serta akaun LinkedIn milik Tan juga dilaporkan telah dipadam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, tular juga tangkap layar mesej teks yang didakwa dihantar oleh Lim kepada warga syarikat.

Dalam mesej berkenaan, Lim mengaku silap dan memohon maaf kerana telah melampaui batas, selain menyatakan hasrat untuk mengambil masa beberapa bulan bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Beliau turut memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diselesaikan secara bertanggungjawab bersama keluarganya dan langkah itu perlu diambil demi memulihkan serta melindungi institusi keluarganya.

Artikel lain: CEO GISBH, 21 Individu Lain Mengaku Salah Anggotai Pertubuhan Langgar Undang-Undang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesej sama turut menyebut bahawa Lim dan Tan akan melepaskan jawatan kepimpinan masing-masing buat sementara waktu bagi memastikan operasi syarikat dapat diteruskan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Lim juga meminta agar tiada spekulasi atau tekanan dikenakan terhadap mana-mana pihak serta merayu agar privasi keluarga kedua-dua individu dihormati sepanjang tempoh ini.

Sumber: mothership (Chloe Loh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd