Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Burung Bangau Punca Pesawat F/A-18D Hornet Terhempas, Operasi Disambung Semula

Burung Bangau Punca Pesawat

Insiden pesawat tempur F/A 18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas pada 21 Ogos lalu disahkan berpunca daripada burung bangau paya (purple heron) yang menyebabkan kegagalan fungsi enjin kiri ketika berlepas.

Panglima TUDM, Muhamad Norazlan Aris, berkata hasil siasatan itu memberi keyakinan untuk meneruskan semula semua operasi pesawat terbabit yang sebelum ini digantung.

“Lembaga siasatan melaksanakan siasatan terperinci sejak 22 Ogos lalu dengan bantuan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride), Jabatan Kimia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Tentera Laut AS (US Navy).
“Hasil siasatan memberi keyakinan bahawa kemalangan itu disebabkan kegagalan fungsi enjin kiri akibat bird strike ketika pesawat tersebut berlepas.
“Sehubungan itu, saya ingin memaklumkan pengoperasian pesawat F/A 18D Hornet diteruskan seperti biasa,” katanya ketika sidang media di Pangkalan TUDM Kuantan, hari ini.

Burung Bangau Punca Pesawat F/A-18D Hornet Terhempas

Jelas beliau, laporan mengenai kehadiran sekumpulan burung di ruang udara sekitar pangkalan itu dikesan tiga hari sebelum insiden berlaku.

“Laporan mengenai kehadiran kumpulan burung itu dibuat pesawat komersial yang turut menggunakan landasan berdekatan Pangkalan TUDM Kuantan,” jelasnya.

Menurutnya, hasil pengesahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati spesies burung yang terbabit adalah bangau paya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka (Perhilitan) juga membantu kami (lembaga siasatan) bagi mengetahui punca insiden ini,” ujarnya.

Artikel lain: Insiden Pesawat Hornet TUDM: Saksi Dakwa Dengar Bunyi Seakan Peluru Berpandu

Mengulas mengenai status anak kapal, Muhamad Norazlan berkata kedua-duanya kini dalam proses pemulihan dan dijangka kembali bertugas pada 2 Oktober depan.

Dalam kejadian itu, juruterbang Mejar Azhar Alang Kamarudin, 34, mengalami kecederaan terbakar pada bahagian kaki kiri, manakala jurusensor senjata Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, hanya mengalami lebam pada beberapa bahagian badan.

Sumber: Malaysiakini (NS Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd