Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tersedar Dari Tidur, Budak 6 Tahun Dapati Leher Cedera Akibat Dikelar

Seorang budak lelaki berusia enam tahun berdepan detik mencemaskan apabila tersedar daripada tidur dan mendapati leher dikelar serta bajunya berlumuran darah dalam kejadian di sebuah rumah di kampung Parit Raja, Batu Pahat, pagi tadi.

Dapati leher dikelar setelah tersedar

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, ketika kejadian hanya ibu bapa serta dua beradiknya berada di rumah, dan insiden itu disedari oleh ibunya yang berusia 40 tahun.

Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik kini dilaporkan stabil serta dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) selepas disahkan tiada saluran darah utama terputus.

dapati leher

Budak lelaki dapati leher dikelar dan baju berlumuran darah

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 9 pagi dan siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa berada di rumahnya, wanita itu telah tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya yang berumur enam tahun mengalami kecederaan di bahagian leher,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Tular Budak Lelaki Cedera Diserang Anjing, Berlari Sambil Menangis Minta Tolong

Beliau menjelaskan, siasatan masih di peringkat awal bagi mengenal pasti motif kejadian dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menularkan gambar mangsa kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan membuat hantaran tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa… tindakan ini boleh disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2002,” tegasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd