Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Cuma Nak Anak! Bekas Suami Pempengaruh Tuntut Hak Penjagaan, Dakwa Bekas Isteri Murtad

Bekas Suami Pempengaruh Tuntut Hak Penjagaan

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu kini berada bersama ibunya yang juga pempengaruh dan usahawan kosmetik di Bali, Indonesia.

Menerusi hantaran dimuat naik di platform Threads, Aiman meluahkan kerisauan akan anaknya terutama perihal agama.

Hal ini demikian selepas melihat kehidupan bekas isterinya yang didakwa sudah murtad selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki di Bali, Indonesia.

“Ini ke Islam? Siap ada babi golek lagi. Kau rasa dia ni Islam lagi ke?
“Aku cuma nak anak aku je. Dia ni tak layak jaga anak. Macam mana agama anak aku nanti?”luahnya penuh kerisauan.

Bekas Suami Pempengaruh Tuntut Hak Penjagaan

Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna Threads mendakwa mengetahui serba sedikit mengenai situasi sebenar melibatkan pempengaruh berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut individu itu, Aiman sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan bersama bekas pasangan yang dikenali sebagai Yat, dan kanak-kanak tersebut kini berusia sekitar tujuh tahun.

Dakwa individu berkenaan, sebelum ini anak tersebut tinggal bersama Aiman sebelum Yat dikatakan mengambil anak mereka dari sekolah.

“Aiman ada anak dengan Yat sebelum ni. Anak diorang dah besar dah 7 tahun. Sebelum ni anak tu duduk dengan Aiman. Yat ambil anak dia dekat sekolah masa anak tu sekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, anak tersebut kini berada bersama ibunya di Bali.

“Sekarang anak dia ada dengan Yat dekat Bali. Yat ni pulak kawin dengan orang Bali which is agama Hindu,” katanya lagi.

Perkongsian itu turut mendakwa Aiman bimbang mengenai pendidikan agama anaknya selepas ibunya berkahwin dengan lelaki beragama Hindu.

“Aiman risau akidah anak dia macam mana, agama anak dia. Solat ke tak… macam mana mak dia didik dia dengan orang macam ni,”ujar individu tersebut.

Artikel lain: Pemuda Cina Mahu Pindah Terengganu, Nak Hidup Macam Orang Melayu – “Jangan Risau, Saya Tak Minum Arak”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu itu turut menjelaskan bahawa bayi yang sering dilihat bersama Yat merupakan anak hasil perkahwinannya dengan suami baharu, manakala anak bersama Aiman sudah berusia tujuh tahun.

Sumber: Threads mohdnuraiman95

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Spotlight

Pasangan sensasi Hollywood, Zendaya dan Tom Holland dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga selepas penata rias peribadi Zendaya, Law Roach mendedahkan perkara itu di acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd