Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bekas Pemain Badminton Negara Keluar Kenyataan Rasis, Sentuh Tentang Islam

Sejak semalam, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang bekas pemain badminton negara telah membuat satu kenyataan berbentuk penghinaan ke atas agama Islam.

Orang Melayu urus teruk, asyik solat 5 waktu

Dalam video yang dikongsi semula oleh pengguna media sosial dan menterjemahkan dalam bahasa Melayu, pemain terbabit mengatakan punca pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kurang baik adalah  kerana diuruskan orang Melayu.

Ujarnya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan tiap kali waktu solat.

Minta pengurusan ditukar kepada orang Cina

Akaun Twitter dikenali sebagai AhBoyBadminton itu turut menyertakan sekali video penuh pemain tersebut yang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya lagi, dia mengharapkan agar BAM menggantikan tampuk pengurusan kepada kaum Cina kerana individu Melayu di dalam pengurusan tersebut hanya tahu makan dan malas untuk bekerja lebih-lebih lagi jika tiba waktu solat.

Isu serius ni hina agama

Kritikan yang dibuat terhadap BAM itu nyata tidak disetujui banyak pihak kerana menyentuh perihal agama dan bangsa tanpa ada kena mengena dengan prestasi pemain-pemain negara yang dikatakan merundum jika pengurusan dipegang oleh orang Melayu.

Susulan daripada itu, banyak pihak menggesa agar Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan timbalannya, YB Adam Adli untuk mengambil tindakan terhadap sikap rasis bekas pemain badminton tersebut.

Sendiri tak perform salahkan orang lain pula

Harap menteri ambil tindakan serta-merta

Hati-hati dalam keluar kenyataan bro. Risau jadi macam kes yang lepas-lepas…

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter @AhBoyBadminton

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd